Friday, August 28, 2009

Orang kita jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkk...

Aku amat terkesan sekali dengan penulisan dibawah ni,aku cedok dari blog sorang mamat pro GMI..aku ingat nak ulas sendiri tapi apa yang aku nak ulas sama dengan si penulis di bawah ni.lalu aku pun copy paste tanpa kebenaran beliau.harap beliau tak saman aku la..Tanpa menlengahkan masa,sila baca penulisan di bawah ni yang ditaja oleh beras cap periuk kechil...

IQRA BISMIRABBBACALAH DENGAN NAMA TUHANMU,saya amat terpilu dengan majoriti bangsa dan saudara seagama menjadi alat kepada DAJAL yang ingin melihat bangsa dan saudara seagama sendiri diperkotak-katik. Mereka yang nak sangat mansuh ISA tu taklah beramai-ramai datang menyertai GMI. kalaulah 30% Melayu, 30% Cina, 30% India dan 10% lain-lain, itu dikatakan perpaduan mantap dan mencermin pepaduan dan aspirasi rakyat Malaysia. Tapi yang ketara , orang Melayu senang sekali dipergunakan oleh bangsa lain yang ingin merampas kerajaan malaysia dari Pribumi. Bukan masalah dengan ISA tapi bangsa kita senang diperalat oleh orang lain. Bagi gula-gula dan disuruh buat apa agenda mereka. Kita tengok yang C dan I pergi PC Fair tambah ilmu. Apa yang kita cari itu ‘ADIL”. siapa yang MAHA ADIL, sesungguh kita cari ALLAH. Apa yang kita cari di dunia ini adalah mencari PENCIPTA kita sebenarnya. Sama-sama membangun diri untuk memerangi kuffar dan mungkar. Jangan taksub dengan pemimpin tapi pandanglah dengan mata hati. (petikan dari nickname : -yangterbaik)

SPRM yang semakin glamour..


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menunggu lama untuk popular setelah kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati di Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM.Sebelum ini SPRM dikenali Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang amat teruk sekali dikecam intergritinya telah dijenamakan semula ketika era pimpinan Tun Abdullah hj Ahmad Badawi, PM ke 5 Malaysia..Banyak cabaran yang menanti SPRM dari Pesuruhjaya hinggalah ke Pembantu Am Pejabatnya.Kini sasaran ugutan ancaman ditujukan kepada SPRM oleh pihak yang baling batu sembunyi tangan adalah bahaya sekali.Sudah tentu kerja Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) yang sudah sedia banyak akan dibanyakkan lagi dengan pelbagai aduan di balai polis.Kerana manusia kini begitu cepat benar menghukum sebelum keadilan dijalankan..Kasihan SPRM.

p/s :- ATM relekkkk je..

Kuil punya hal lembu jadi mangsa


Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam membentuk J/K membantah pembinaan kuil berdekatan kawasan mereka..Lalu satu perarakan dibuat dengan mengusung kepala lembu menuju ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor..Ini kali special kasi can sama lembu sebab diberi penghormatan sebegitu rupa oleh manusia.Dulu orang kita suka cakap "bodoh macam lembu","malas macam lembu"...kesian lembu..kini Persatuan Lembu Malaysia tak perlu risau sebab rakan mereka yang mati telah diberi penghormatan paling tertinggi oleh manusia.


p/s:- dah tau tempat tu majoriti orang Islam,lagi nak buat kuil jadah apa?...kita cakap "bodoh macam lembu" karang marah.

Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia bersedih...


Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia kini bersedih,sepatutnya bendera persatuan dikibar setengah tiang tanda berkabung!...rakyat Kelantan (khususnya orang Pasir Mas) juga turut dukacita atas pemergian Senator Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md Salleh ke rahmatullah...Kita semua sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham.Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Wednesday, August 26, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE 52


Kita sudah Merdeka 52 tahun.Tapi ada yang anggap Malaysia masih belum 'merdeka' dari sisi mereka.Aku rasa mereka elok saja berhijrah dan cari saja negara yang paling bahagia untuk mereka berdiri di atas puncak melaungkan sekuat hati dengan laungan MERDEKAAA...Terima Kasih.

Kita wajib mempertahankan Aliff,Baa,Taa untuk mengekalkan Kemerdekaan Malaysia.

Imam, Makmum dan Politik

Gambar Hiasan

Ramadhan menjelang tiba dengan penuh keberkatan..Bazar Ramadhan menjadi tumpuan umat lebih ramai dari memakmurkan surau/masjid ketika terawikh..Masa senggang maghrib isya dijadikan masa emas untuk berbual hal wajib orang melayu, politik

Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah buat Ustaz Asri (Rabbani)

Ustaz Asri adalah ikon Dakwah Nasyid Kontemporari yang saya minati..Takziah buat seluruh keluarga & sahabat Allahyarham...Al-Fatihah buat Ustaz Asri,semoga Allah mencucuri rahmat ke roh Allahyarham..Amin.