Sunday, September 27, 2009

LEGANYA MENTERI KESIHATAN...

KPN..Tan Sri Musa Hassan kesal dengan sikap pemandu tak berhemah pada musim perayaan baru-baru ni...Kata Tan Sri..."Walaupun laksana hukuman mati pun tak kan merubah sikap pemandu"...penulis terkejut jugak kenyataan KPN...yela...jarang tengok beliau marah..agaknya beliau benar-benar kecewa dengan sikap pemandu Malaysia.

Datuk Seri Liow Tiong Lai akhirnya dapat juga merilis tension akibat penyakin influenza A H1N1 yang kekal jumlah kematianya dari tarikh sekarang tetapi Menteri Dalam Negari pulak duk penin hopla dengan penyakit berjangkit BTB (bumber to bumper) & penyakit Q-Cut 200 km/j..Penyakit ni dasyat..kalau kena jam2 tu boleh membawa maut.. Vaksin untuk penyakit ni sudah berkurun berada di pasaran dunia. Vaksin talipinggangkeledar & yang terkini Vaksin airbag mampu mengurangkan padah penyakit tersebut..Tanpa deposit muka sudah mampu milik sekali dengan vaksin..Tapi bak kata pepatah...mencegah lebih baik dari mengubati..maka dengan itu penulis sarankan time perayaan duk rumah jela...kopakkan duit gaji dengan membeli henset 3g untuk mengubati rindu kepada ibu bapa dan sanak saudara di kala syawal menjelma..Dan hal ini kalau diluluskan parlimen akan memeningkan Menteri Komunikasi dan Kementerian yang berkaitan pulak..heh!..Menjelang seminggu raya di dada akhbar arus perdana Malaysia terpapar budak 7tahun kudung tangan akibat bermain mercun ciptaan sendiri...lagi sekali Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negari dan Kementerian Komunikasi garu kepala...heh!..Baru 1Malaysia!

Thursday, September 24, 2009

JENTERA PANAS, PEMANDU BARAN & NIKMATNYA MEMOTONG Q

Radiator berasap?mungkin xdak air dalam tangki...pastikan air sentiasa ada dalam kereta...orang cakap air telaga elok sebab takda klorin...Wallahualam..

Potong Q akan menyebabkan brek mengejut & berlakunya penyakit BTB.
Raya datang lagi...bagi yang berasal dari kampung tak sah kalau tak balik beraya di kampung..boleh mendatangkan histeria di malam raya ketika takbir kalau beraya di perantauan..heh!!!..Bila dah bercakap mengenai balik kampung sudah tentu pihak lelaki akan menyiapkan jentera yang bakal membawa diri & keluarga balik kampung. Tak kira dekat jauh jarak kampung, jentera mesti diperiksa keadaan. Minyak itam,brek,alligment antara benda popular yang dilakukan oleh pomen menjelang raya. Yang sebenarnya bukan masalah pomen praktikal buat kerja cincai yang penulis ingin utarakan, tapi kemeriahan jalan raya ketika musim perayaan. 2 3 hari nak raya jalan2 menuju ke kawasan luar bandar sudah menampakkan kereta sudah membiak dengan begitu banyak sehingga ke malam raya keadaan sudah terlalu sesak. Laluan 1line dah jadi 3line ciptaan pemandu berhemah. Penulis sendiri pun secara jujur terpengaruh juga dengan teknik cilok kanan ni. tapi penulis terdesak kerana terpaksa menggerakkan kereta dari tempat jem kerana kipas radiator tak berfungsi dan menyebabkan tempriture naik mendadak. dalam hati penulis sah2 pemandu lain menyumpah seranah penulis ketika itu, tapi penulis redha je la untuk menyelamatkan kereta penulis. Cilok punya cilok akhirnya berjaya untuk melepasi kawasan jem untuk merehatkan enjin yang sedang panas. Moral the story nya..jangan la marah kalau ada orang yang potong Q...kelak mungkin kita juga akan menggunakan kaedah yang sama ketika kereta mengalami masalah..heh!

PENUTUP HIDUNG DAN MULUT YANG SEMAKIN DILUPAKAN

Gambar remaja di atas ini menyahut seruan Kementerian Kesihatan dengan mengunakkan kaedah menutup hidung dan mulut versi bulan dan bintang untuk mengelakkan menularan tempatan virus selsema babi H1N1.

Rakyat Malaysia khususnya Muslimin dan Muslimat akan menyambut hari kemenangan setelah 1 bulan berpuasa. Persiapan seperti pakaian raya,biskut raya,kereta raya menjadi buruan sehingga terlupa menyediakan penutup hidung dan mulut raya...heh!..Che Det kata "Melayu mudah lupa"....betul lah tu...

Monday, September 14, 2009

AKAI TAK DAK!!!


Aku dinasihatkan supaya tidak membuat kenyataan yang boleh mengundang ketegangan kaum di Malaysia..Sebab apa? sebab aku Melayu..kini Melayu walaupun nak mempertahankan hak Melayu akan dituduh rasis kepada kaum lain..heh!!!

CHE DET NEGARAWAN TERBILANG

Tun Dr. Mahathir Mohamad...Pejuang Agama, Bangsa dan Negara

Tun Dr. Mahathir Mohamad mantan PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 4 adalah seorang Negarawan Terbilang. Kini sudah ada puak-puak tak tahu mengenang jasa menghina Che Det. Beliau bukan pencuci tandas mahupun penurap tar jalan yang mahu dikalung selipar!!! Hatta pencuci tandas mahupun penurap jalan tar pun tidak boleh dihina sedemikian rupa! Betul lah kata Che Det masa zaman Tunku dulu....pemikiran Che Det Negarawan Terbilang melangkaui zaman.

Sunday, September 13, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA OLEH ABANG LONG MASRON DI GOMBAK (KEDAI MAKAN DEPAN SEKOLAH TEKNIK GOMBAK)




Gambar ehsan dari Majlis Jemaah Cochrane

13 sep 2009 Ahad berpuka puasa bersama Jemaah Genting di Gombak, Terima kasih Abang Long Masron menjemput kami semua berbuka puasa bersama. turut bersama yang hadir, Abang Long Azman, Abang Long E' , Abang Ngah Ben serta adik-adik Genting dan Adik-adik UIA..Dapat berjumpa dengan Ustaz Naim (Cicak) yang baru pulang dari Madinah..rupanya asal Bentong dan mempunyai pertalian sedara dengan orang kampung penulis di Benta iaitu En Mahathir x Bilal Masjid Bandar Benta yang kini telah bertukar di Pejabat Agama Bentong. Abang Long Masron ada bercerita kepada penulis tentang kesilapan tuan kedai (adik beradik) tentang tarikh majlis. Tuan kedai terbuat hidangan pada 12 Sept (Sabtu). Tapi masalah itu berjaya di atasi dengan semangat kekeluargaan dan majlis berbuka puasa anjuran Abang Long Masron berjaya dan hidangan dipuji.

Thursday, September 10, 2009

JAMBATAN KG RENGAI PUNOH JAHANE

Dasyat...penduduk Kg Rengai dah tak boleh gi Pasaraya Aktif di Lepeh..

Apek ni baru je menyeberang dari Kg Rengai..beliau menggunakan hikmat berjalan atas air jurus ke IV...

Lihat gambar jarak dekat..tak basah pun pakaian apek ni...

Rentetan banjir besar 2007 yang meneggelamkan sebahagian Tanah Melayu, tak terlepas Kg Rengai, Kuala Lipis,Pahang juga dari ancaman banjir. Kg Rengai ni kalau nak g kena menyeberang jambatan gantung. Moto lepas la,kalau kereta kena paking kat tepi jalan. Tu kalau musim raya bersusun kereta. Macam jenis kereta ada tapi tak boleh paking depan laman..Nak eksyen dekat orang kampung tak dapat la..Setelah terputus jambatan ni akibat rempuhan sampah sarap yang mengalir dari aliran sungai yang naik mendadak hingg mencecah lantai jambatan tiada lagi penghubung yang terdekat untuk penduduk Kg Rengai..Pertolongan cepat pihak Polis dan Bomba telah membantu penduduk dengan segala macam bantuan. Kini penduduk Kg Rengai boleh berbagga kerana Kerajaan BN telah meluluskan sebuah jambatan batu yang kini dalam pembinaan. Pemilik kereta mewah anak rantau Kg Rengai kini boleh tersenyum lebar kerana 2 kali raya lagi kereta mereka dah boleh paking tepi laman. Heh!

BENTA DILANDA BANJIR TAHUN 2007

Ini workshop yang selalu aku repair motor. Sian tokey ni.

Ini jalan nak ke Kg Chin, Kg Sama & Jerkoh...Laluan ditutup untuk kenderaan ringan.

Jet ski dibenarkan lalu...

Ni kat tepi workshop tadi...habis mampus buah naga si tokey tanam...

Pekan Benta pada 21 Januari 2007 telah dilanda bah besar,kurang sikit je dari tsunami. Air sungai Lipis naik mendadak akibat hujan lebat tak berenti 2 3 malam. Cemas jugak masa tu,dah berangkut dah barang-barang letrik naik tingkat atas rumah. Mujur rumah aku berada di tanah tinggi sikit.Syukur kepada Allah S.W.T keadaan semua selamat.

DULU AKU SUKA BERTANI KERANA BAPA KU BEKERJA DENGAN LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG




Masa ni aku tanam lada dengan kachan brendy dekat belakang opis lama aku di Penjom, Kuala Lipis. Masa tu aku menjawat jawatan Pem. Tadbir Rendah N11 (Sambilan) di Kompleks Penghulu Penjom. Boringnya hanya ulat gonggok je yang tahu kerana penduduk kampung yang berurusan di pejabat hanya sebelah pagi, belah petang jarang-jarang je ada. Tu sebab aku merajinkan diri menanam sesuatu di belakang opis atas kebenaran boss aku. Terima kasih kepada abah aku kerana mengajar aku teknik2 pertanian dan juga Allah S.W.T kerana menghidupkan tanaman dan alam ini. Syukur Alhamdulillah. (heh,macam usahawan hai-o je bunyinya).

MOZEK YANG LAMA KU TINGGALKAN...

Tiles yang sudah siap untuk di pijak...


Proses melekat tiles atas lantai...kalau amik kos kerja pun baru RM 1.00 sekeping.

Proses leveling...kasi sama ini lantai dulu...kelihatan saya tengah buat spot @ taik lembu untuk kasi rata.

Semenjak aku masuk balai, sedar tak sedar dah dekat setahun lebih aku tinggalkan arena penjubinan...Sempena pameran Mosaic of Malaysia di National Art Gallery dah turun, maka aku naikkan pula The Jubin of Koreyyyy.



MAJLIS BERBUKA PUASA DI YOP CATERING, TAMAN KOPERASI POLIS 2


04/09/02 Jumaat, Kekanda Azman dan Kekanda Tuah serta adik-adik berbuka puasa di Yop Catering Taman Batu Muda Koperasi Polis Batu Caves bersama Ayahanda Zul sekeluarga, turut serta bersama Abang E dan juga adik-adik. Terima kasih Abang Long Azman dan Abang Long Tuah.

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA APABILA MENJELANG HARI RAYA



Menjelang je apa-apa perayaan selalu kita terdengar pasal kes kemalangan jalan raya yang selalu masyarakat kita sebut 'eksiden'. Bab eksiden ni kalau nak berhujah tujuh hari tujuh malam pun belum tentu habis. Pelbagai ops dilancarkan PDRM (yang kerap cuti dibekukan ketika perayaan) namun eksiden masih banyak berlaku, tak kira di highway,jalan persekutuan mahupun simpang depan rumah sendiri. Macam penulis sendiri pun risau juga nak balik kampung raya taun ni kerana penulis melalui jalan yang agak berisiko dan merbahaya. Penulis akan balik rumah mertua di Setiu, Terengganu. Dari KL penulis akan masuk Lebuh Raya Karak (memasuki tol Gombak kemudia keluar di tol Bentong). Masuk je bandar Bentong dah mula jemmed. Ratusan ribu umat Pantai Timur (Pahang, Kelantan) melalui jalan ini. Nak melepas bandar Bentong pun dah seksa (kalau ada polis buat sekatan & eksiden lagi la bertambah parok kesesakanya. Selepas habis seksa di Bentong, akan lalui pulak bandar Raub. Lagi 3-4 km nak masuk Raub dah selok dah. Tuhan je yang tahu betapa terseksanya tersangkut dengan jarak dengan rumah hanya 40km (rumah penulis di Kg Melayu Benta, Lipis). Keluar je Raub akan melalui jalan Raub-Lipis. Jalan yang baru dibina 5 tahun lepas ini agak lebar dan selesa. Tapi kenderaan penulis yakin akan bergerak laju sikit je dari siput. Yang tak tahanya, kenderaan yang tak sabar akan memintas jika lalui bertentangan clear dan akan masuk secara mencelah apabila ada kenderaan dari arah bertentangan. Itu jam kalau tak dan brek alamatnya berlakunya adegan berciuman antara satu sama lain. Itu jam jemmed tok sah nak cakap la..Habis di negeri Pahang...penulis akan melalui jalan Merapoh-Gua Musang. Jalan ni brutal sikit. Penulis paling seram melalui jalan ni yang terkenal dengan tragedi bas ekspress eksiden dan Bulit Tujuh yang penuh mitos dan keseraman. Ini jam kena berhati2 kerana jalan berbukit-bukit. Habis Merapoh-Gua Musang kita akan melaui jalan Gua Musang-Kuala Krai. Jalan ni paling bosan kerana lurus dan 'pana'. Jalan ni paling kuat setan bergayut di mata. Kalau memandu di jalan ni terasa mengantuk elok la berenti dan lelap sejam dua. Dan kita terlelap sedetik dua boleh lelap selamanya..Em,panjang lebar penulis cerita..bagi umat Kelantan dan Pahang yang mana lalu jalan ni berhati-la ya. Jangan loghat sangat nak sampai rumah kelak di kati wad kita beraya.

Wednesday, September 9, 2009

10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DICEMARI PENCEMARAN BUNYI


10 malam terakhir ni memang ditunggu-tunggu untuk umat Islam melakukan amal ibadat sebanyak mungkin untuk mendapatkan Lailatul Qadar. Di Masjid-masjid semakin makmur dengan jemaah yang hadzir, lauk pauk untuk moreh pun agak 'laku' walaupun jemaah agak penat mengharungi terawikh ber surah panjang, namun perjuangan rak'yat Palestin lagi getir berterawikh di atas hamparan keras dan ditabiri dinding lompang. Kita di Malaysia dapat berjemaah dengan aman walaupun sesekali terdengar dentuman 'bazooka' dari pewaris 'sucide bombers' cilik Malaysia tanpa menghiraukan ada jemaah yang berpenyakit jantung mahupun lemah semangat (bagi jemaah wanita).Tapi yang paling penting jemaah amat terganggu dari bunyi mercun yang dimainkan anak-anak ini. Tiada pemantauan dari ahli keluarga mahupun jiran tetangga kerana sikap 'tak amik port' sesetengah orang kita dan masih berpegang teguh dengan prinsip 'jangan jaga tepi kain orang'. Mana pergi semangat 44 kiri kanan depan belakang? Oleh yang demikian, kepada ibu bapa dan penjaga pantau lah anak-anak kita agar tidak terlalu ghairah menyambut raya kerana dikhuatiri akan beraya di hospital.

ALHAMDULILLAH

Syukur Alhamdulillah kerana berita dari waris Pengarah Urusan NSI Cahaya, En Ahmad Syukry Yahya yang berada di Hospital Raja Perempuan Zainab II menyatakan bahawa beliau telah pun beransur sembuh dan ditempatkan di wad biasa semalam (09.09.2009).Terima kasih kepada Allah S.W.T kerana menyembuhkan dan terima kasih juga kepada kakitangan wad ICU HPRZ II kerana komited memastikan pesakit dirawat dengan rapi.Tidak lupa juga kepada waris Pak Teh Noh yang melawat di ICU dan keluarga En Ahmad Syukri Yahya di Kg Lambor, Wakaf Bharu Kelantan yang begitu tanggungjawab menjaga beliau sepanjang berada di HPRZ II. Salam Aidilfitri dari Di Pintu Raksi kepada seluruh waris Pak Teh Noh dan seluruh umat Islam di Malaysia tanpa mengira ideologi polotik. Terima kasih.

Tuesday, September 8, 2009

PENGARAH URUSAN NSI CAHAYA SDN BHD MASUK ICU


Pengarah Urusan (Managing Director) NSI Cahaya Sdn Bhd, pembekal barang-barang makmal iaitu En. Ahmad Syukry Yahya telah dimasukkan ke wad ICU Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu pada 29.8.2009 yang lalu dipercayai akibat jangkitan kronik virus tikus. Hal ini telah menyebabkan seluruh keluarga Pak Teh Noh turun KB.Maklumat terkini dari HRPZ II menyatakan En. Ahmad Syukri telah sedar dan sudah boleh bercakap,tetapi keadaan masih lemah dan memerlukan rehat yang cukup sebelum dihantar ke wad biasa. Di bulan yang mulia ini sama-sama kita doakan supaya En. Ahmad Syukri cepat sembuh dan dapat beraya bersama keluarga.