Wednesday, October 28, 2009

BENARKAH ADORE CLOTHING TUTUP KEDAI???


Rialiti atau fantasai? Benarkah Butik Bundle Maya - Adore Clothing akan menutup operasi???berita mengejutkan ini masih panas-panas lagi...DPR baru mendapatkan 2 helai t-shirt Warhol & Basquit dengan harga lelong yang teramat murah...Rialiti atau fantasi?..kenalah bertanya dengan CEO Adore Clothing iaitu Bro. Jep & Bro. Nerve di laman blog http://adoreclothings.blogspot.com

Tuesday, October 27, 2009

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH & PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA KEKANDA MJC 2009


Syukur kehadrat Allah S.W.T & tahniah kepada Ayahanda Zul kerana Majlis ini berjalan lancar.Dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengerusi PEKIDA Wilayah Persekutuan, Ayahanda Roslan Dahaman (Lan Gajah) diiringi Ayahanda Zami Ismail dan Pengerusi Majlis Jemaah Cochrane, Ayahanda Zulkifli Shaari diiringi YM Tok Ayah Shaari Awang dan Paduka Kekanda Rashid Fadhil serta lebih kurang 2000 jemaah MJC. DPR merasa ralat kerana tidak dapat hadzir kerana komitmen perkhidmatan di Perak. Dapat war-war kan Majlis di blog pun sudah memadai. Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis ini. BERSATU ERATKAN UKHWAH.

GO 3G G0!!!


Tahniah kepada rakan-rakan sekumpulan DPR kerana memberi sepenuh komitmen sepanjang Kursus Induksi Umum Kump II KPKK 19-26 Oktober 2009 di Felda Residece Trolak,Perak. Penghormatan diberikan kepada Ketua kami iaitu En. Hassana Bolkia Abu Hamid (Filem Negara Malaysia) dan rakan yang lain seperti En. Mohd Azhar b Mohd Rosli (Jabatan Hal Ehwal Khas), En. Irfan Haziq b. Shaari (Perbadanan Kraftangan Malaysia), Cik Wan Nor Azriyana bt Wan Ali, Cik Jizni Azrin bt Juhari (BERNAMA), En Md. Razlan b. Zakaria (ASWARA), En. Vikknefwaran a/l Rajandran, Cik Nor Fazlina bt Tomim (Jabatan Penerangan Malaysia), Cik Haryati bt Arba (Jabatan Penyiaran Malaysia), Cik Sharina bt Ibrahim (KPKK) dan En. Mohd Nazri (Jabatan Arkib Negara Malaysia). Kumpulan 3G juga mengucapkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Ketua Fasilitator, En Mohd Saufi bin Halim, cara dari Felda Trolak dan semua kakitangan Felda Residence yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar kepada kami semua sepanjang kursus ini berlangsung. Tidak lupa jugfasilitator-fasilitator KPKK, penceramah jemputan, pemudah a sekalung tahniah & penghormatan kepada Pemimpin Utama kami iaitu Tok Penghulu Muhammad Fadzli b. Nourdin (Filem Negara Malaysia), Tok Penghuluwati Intan Salmah bt Jaafar (Jabatan Arkib Negara) serta Timbalan Tok Penghuluwati Baidatul Azam bt Haji Baharudin (IPTTAR). Disini DPR nak ulang ayat keramat En Saufi...”peserta kali ni yang terbaik...tuan-tuan dan puan-puan telah mengembalikan zaman kegemilangan Induksi Umum”...Tahniah kepada semua,jangan lupa diri. Semoga menjadi Penjawat Awam yang berintergriti. Wassalam.

PEMIMPIN KUMPULAN HELANG BIRU DITABAL PESERTA LELAKI TERBAIK KURSUS INDUKSI UMUM KUMPULAN II KPKK 19-26 Oktober 2009 DI FELDA RESIDENCE,TROLAK


Salam hormat, Salam perpaduan & Salam 1Malaysia…Tahniah diucapkan kepada Adinda Muhammad Asiff bin Romli (Along) kerana ditabal Peserta Lelaki Terbaik & Kumpulan terbaik sepanjang kursus ini berlangsung. Beliau secara tidak langsung mengharumkan nama BSLN di mata KPKK. Walaupun hakikatnya beliau memimpin Kumpulan ‘kongsi’ Helang Biru (Blue Eagle) & berjaya membawa kumpulan tersebut mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang kursus 8 hari 7 malam tetapi atas dasar 1Kompeni, “Rakan Didahulukan,Adik beradik diutamakan” kami warga kursus dari BSLN ingin mengucapkkan tahniah atas Anugerah Pelatih Terbaik Kursus Induksi Umum yang lepas. Tahniah juga kepada Peserta Terbaik Wanita iaitu Sdri. Bong Lee Fung dari JKKN.

Himpunan sajak dari Mohd Khairul Ishak





“Bukan mudah untuk berkata,, hakikatnya pedih untuk diluah…tanpa disadari…kita sebenar dalam satu perjuangan hidup yang dibelenggu…Iman itu penyelamat..sabar kelak terhasil matlamat” – DPR2009

Sajak 1
Terlalu aku,

Dalam pendirian,

Saat aku menyedari,

Tiada lagi dirimu kini,

Sampai kapan kan aku sendirian,

Saat aku menyedari,

Tiada lagi dirimu kini.

Mohd Khairul bin Ishak (Mat)
21.10.2009
Trolak, Perak.

Sajak 2

Masa memaksa kita
berpisah sementara,
Tak pernah ku pinta
Ada kalanya
Jika ini satu rintangan
Harus kita tempuhkan
Satu hati
Dijunjung langit
Sati itu sepuluh
Sejauh bima sakti
Kita yakin kembali.

Mohd Khairul bin Ishak (Mat)
21.10.2009 – 10.01 pagi
Felda Residance, Trolak, Perak.

Ledang (Tribute to Syed Ahmag Jamal : Pelukis Exhibiton)


Ledang itu mistik,
Puncaknya menggamit,
Laluan, denai, belalai gajah& jeram berbahasa,

Pada hempasan air jernih menimpa batu,
Mengalun irama rimba asyik syahdu,

Ledang itu mistik,
Atas Puncak Puteri sepi menusuk jiwa
Yang kosong melayang,
Tanpa biasa, tanpa terbatas,

Ledang itu mistik,
Dalam ribuan gua kelam gelita,
Dilitupi kabus mengaburi jasad bernyawa,

Ledang itu mistik,
Lekuk tepak kemenyan & tapak Tuah,
Ditabiri 7 terjunan air rahmat dari Tuhan,

Ledang itu mistik,
Pasak bumi merimbun,
Hijau menadah hujan,
Membawa rezeki ke sekalian alam.

DPR,
19.10.2009
Trolak, Perak.

Wednesday, October 14, 2009

BERAYA DI RUMAH ABANG LONG E'



Rabu,14.10.2009 - Beraya di rumah Abang Long E' di Kg Laksamana, Jln Sg Tua pada pukul 10.45mlm adalah edisi beraya paling lewat sekali untuk raya tahun ini,tapi dah Abang Long E' balik keja pukul 10.00 mlm. Kebetulan malam ada kerja sikit di luar & terus ke rumahnya setelah selesai tugas. Memang meriah dengan kehadiran Abang Ngah Ben & adik2 UIA nya...Malam tu kami dijamu mee goreng Kak Long Tie'..memang sedap & biskut raya 'tunjuk2' kata Abang Long E' yang memikat selera terutamanya keranji bersira gula...amat unik & jarang ditemui (ataupun penulis yang tak tau)...em,apa2 pun terima kasih Abang Long E' & Kak Long Tie'.

HADIAH RAYA DARI TONY MDY...

Proses 1 - Tony membuat lakaran atas papan gitar seperti imej yang aku kehendaki...

Proses 2 - Tony 'sharp' kan lakaranya...

Proses 3 - Sama seperti proses di atas, dah nampak dah tengkorak mangsa kekejaman pol pot!


Proses 4 - Setalah draw,Tony masukkan kaler...kaler oren tu mengambarkan kesengsaraan rakyat Kemboja yang diseksa pol pot jahanam!

Proses 5 - Tony menurunkan signature trandmark nya tanda hasil tangan beliau yang tiada ternilai harganya

Seminggu sebelum raya aku telah dihadiahkan Tony MDY dengan hasil tangan beliau iaitu lukisan berus angin/air brush yang dilukis atas gitar aku..Siapa Tony MDY?beliau adalah artis air brush borneo yang telah manghambakan diri dalam arena ni selama 16 tahun...layari layar sesawang beliau untuk dapatkan info tentang Tony MDY...www.bornoecolourz.com...Terima kasih segalanya kanda yang terutama Tony MDY.