Thursday, April 22, 2010

JOM KITA MENYEBERANG JALAN DENGAN LENGGANG KANGKUNG


DPR pasti ramai pemandu kereta atau motosikal yang pernah terserempak dengan pejalan kaki yang melintas jalan. Walaupun ada disediakan jejantas masih tetap nak mempertaruh nyawa melintas di jalan yang sibuk. Artikel remeh ni sengaja DPR postingkan agar diremehkkan lagi. 1 saje pesanan songsang DPR, kalau nak lintas juga lintas la...takde arah la...tapi bila dah lepas ke garis tengah tu jangan la pulak baki nak menyampai ke seberang jalan tu korang lenggang mak limah...mai moto,mai keta sapu hapah tak dapat. Larian kena konsisten bro sementara nak sampai ke garisan penamat..nak tersungkur pun biarla di tepi bahu jalan bukan di tengah jalan bro. DPR cakap je noo..bukan niat nak ajar, buakn niat nak tunjuk pandai ke apa dan nak mengutuk pejalan kaki sebab DPR ada skyline enjin terubo...no no no..DPR sayang kalian semua..hatta pejalan kaki,penunggang motosikal,pengguna perkhidmatan pengangkutan awam, penunggang basikal mahupun keluang man..kalian modal insan dan penyumbang kepada pembangunan negara. Sayang la muka dah cemeh tersagat tar kak ngah...tak handsome la kaki dah pengkor abang chik.


PEMBERITAHUAN : ARTIKEL INI BUKAN SAMA SEKALI MENGUTUK PEJALAN KAKI, DPR SENDIRI DULU JUGA SEORANG PEJALAN KAKI. CUMA NAK TOLONG PERINGAT JE. MAAF BAGI YANG TERASA. DPR SAYANG KALIAN SEMUA.

Sunday, April 18, 2010

CAKNA LA SIKIT BRO!!!

Paparan tak clear..harap maaf


U all punya vokalis handsome...

Bukan DPR nak jadi jaguh memertabatkan negeri kelahiran DPR tetapi pihak yang bertanggungjawab harus cakna harus peka dengan sensitiviti ini. Sabtu baru ni, 17.04.2010 DPR layan Selamat Pagi Malaysia, ada 1 slot menampilkan pemuzik bebas dari UiTM mendendangkan lagu cover evolusi. Bukan fasal vokalisnya handsome yang DPR ingin pekatakan tetapi guitar yang digunakkan salah seorang ahli kumpulan terbabit terdapat lambang salah satu negeri di Malaysia diterbalikkan. Logo tersebut adalah lambang negeri Pahang, ya, negeri Pahang Darul Makmur. Negeri DS Najib, PM yang kita kasihi dan negeri tanah tumpah DPR sendiri! - tu yang DPR hangin 1badan pagi 17 April tu! Tak pasti sama ada pemilik guitar tu anak negeri Pahang atau pun sengaja nak sabotaj. Yang paling DPR hangin, kumpulan tersebut muncul di rancangan milik Kerajaan iaitu RTM 1 (Radio Talevisyen Malaysia) di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia yang menterinya Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, merangkap MP Jolobu (kalau DPR tak silap). Macam mana staff RTM tak perasan benda ni. Kalau hal ni dikatakan remeh jangan nanti elemen freemanson/illuminati meresam masuk tanpa disedari ibarat pepatah terhantuk baru nak tergadah - itu sudah terlewat! RTM kena cakna kena peka hal2 sedemikian selepas ni. Jangan biarkan berkara kecil sebegini membarah di aliran televisyen kerajaan. DPR sayang RTM kerana RTM satu2 nya chennal yang clear di rumah DPR.

Monday, April 12, 2010

UTUSAN KAMI PRIHATIN!!! KORANG KENE AMIK PORT!!!

Iklan ni ni altenatif kpd yang rasa2 2 3 bulan lagi tak tau mana nak letak anak dalam perut tu agar memilih tidak membuangkan anak mereka di longgokan sampah mahupun di dalam tandas. Terdesak sangat call je utusan kami prihatin ni. Jangan korang tambah dosa membunuh pulak sementelah dosa zina korang seksaanya amat pedih nakk oiii..Kot2 korang terbaca blog tepi jalan ni korang terbuka hati terbuka minda..Mintak jauh la ya nak...Nauzubillahiminzalik.