Saturday, May 14, 2011

RASIONALISASI SABSIDI - SALAH KERAJAAN ATAU PEMBORONG/PERUNCIT/PENIAGA MENIPU RAKYAT?

Program Rasionalisasi Subsidi atau dalam bahasa mudahnya pengurangan sabsidi adalah hal yang biasa atau lumrah. Rakyat perlu bijak dan tidak terburu-buru menggikut nafsu amarah tatkala selama ini kerajaan terbeban dengan menanggung subsidi dan hal ini ternyata memberi kesan dalam kemajuan sesebuah negara. Dalam hal pengurangan sabsidi ini DPR nampak yang pemotongan tidaklah sebesar mana..dalam lingkungan beberapa sen sahaja dan kerajaan dapat berjimat 750 juta untuk digunakan duit tersebut untuk infrantruktur yang menguntungkan rakyat

Kita rakyat perlulah bijak dalam membeli. Disni DPR nak tekan kan kepada para peniaga haruslah ada sikap jujur dalam urusan jual beli dan bertanggungjawab pada negara dan rakyat. Jangan lah mengambil kesempatan akibat pengurangan sabsidi untuk kita menaiikan harga barangan. KPDNKK wajib memantau dalam hal ini. Solusi dalam kita menghadapi rasionalisasi subsidi dalam kerajaan ialah - berkemah dalam berbelanja. memang nampak seperti ide lusuh tahun 70an namun tanya pada kita apa sumbangan kita pada negara. selamat beramal :)

link :- http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=7088:program-rasionalisasi-subsidi&catid=110:ekonomi

Monday, May 9, 2011

Pandi Kutty - Anwar hilang pertimbangan

Dalam politik semua sahaja di halalkan. Dewasa kini timbul bermacam2 sketsa politik bermatlamat menjatuhkan pihak lawan dari arus perdana politik tanah air. Sabtu lalu, ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim memberi ceramah di hadapan masyarakat india di dewan hamzah, klang telah "menyerang" Perdana Menteri dengan gelaran yang amat kesat sekali. Hal ini amat memalukan tatkala DS Anwar kini sedang berhadapan dengan 2 kes sodomi dan kes video seks.

Hilang pertimbangan - itulah ungkapan yang wajar kepada DS Anwar kerana dalam tonasi ceramahnya seringkali menggunakan perkataan yang jelek dan kasar. Inikah tingkah laku seorang pemimping yang bakal menyandang kerusi empuk Perdana Menteri Malaysia?

Sunday, May 8, 2011

PILIHANRAYA UMUM KE 13 SEMAKIN HAMPIR

Desas desus Pilihanraya Umum ke 13 dan pengumuman Perdana Menteri membubarkan Parlimen bertiup kenchang semenjak dua menjak ni. Di televisyen RTM pun kini giat mempromosi daftar pemilih dan segmen2 berita memaparkan tentang sebarang aktiviti transformasi kerajaan pemerintah, BN dan sesekali "mengasak" kerajaan pakatan pembangkang dengan berita dalam negeri yang membawa maksud tersendiri untuk diterjemah dalam benak pemikiran rakyat tentang betapa "lemahnya" kerajaan negeri pakatan rakyat memerintah - dan yang lucunya semua massalah itu diletakkan semua atas pundak kerajaan pusat yakni barisan nasional.

Desas desus Pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir juga diterjemah dengan kunjungan PM kke semua negeri2 berula hebat pada PRN sarawak bulan lepas dan dilangsungkan kunjunganya ke beberapa negeri semenanjung sehingga kini - yang DPR rasa bermatlamat untuk memberi "tonik" kepada kepimpinan bn negeri terhadap kesiap siagaan menghadapi PRU 13 nanti yang dijangka "maha-sengit".

PRU13 penentu hayat politik bn dan kelangsungan hayat politik pr di malaysia. sama2 kita nantikan "peperangan politik paling dahasyat" pasca riot69.

daftar pemilih :- http://www.spr.gov.my/