Thursday, April 22, 2010

JOM KITA MENYEBERANG JALAN DENGAN LENGGANG KANGKUNG


DPR pasti ramai pemandu kereta atau motosikal yang pernah terserempak dengan pejalan kaki yang melintas jalan. Walaupun ada disediakan jejantas masih tetap nak mempertaruh nyawa melintas di jalan yang sibuk. Artikel remeh ni sengaja DPR postingkan agar diremehkkan lagi. 1 saje pesanan songsang DPR, kalau nak lintas juga lintas la...takde arah la...tapi bila dah lepas ke garis tengah tu jangan la pulak baki nak menyampai ke seberang jalan tu korang lenggang mak limah...mai moto,mai keta sapu hapah tak dapat. Larian kena konsisten bro sementara nak sampai ke garisan penamat..nak tersungkur pun biarla di tepi bahu jalan bukan di tengah jalan bro. DPR cakap je noo..bukan niat nak ajar, buakn niat nak tunjuk pandai ke apa dan nak mengutuk pejalan kaki sebab DPR ada skyline enjin terubo...no no no..DPR sayang kalian semua..hatta pejalan kaki,penunggang motosikal,pengguna perkhidmatan pengangkutan awam, penunggang basikal mahupun keluang man..kalian modal insan dan penyumbang kepada pembangunan negara. Sayang la muka dah cemeh tersagat tar kak ngah...tak handsome la kaki dah pengkor abang chik.


PEMBERITAHUAN : ARTIKEL INI BUKAN SAMA SEKALI MENGUTUK PEJALAN KAKI, DPR SENDIRI DULU JUGA SEORANG PEJALAN KAKI. CUMA NAK TOLONG PERINGAT JE. MAAF BAGI YANG TERASA. DPR SAYANG KALIAN SEMUA.

Sunday, April 18, 2010

CAKNA LA SIKIT BRO!!!

Paparan tak clear..harap maaf


U all punya vokalis handsome...

Bukan DPR nak jadi jaguh memertabatkan negeri kelahiran DPR tetapi pihak yang bertanggungjawab harus cakna harus peka dengan sensitiviti ini. Sabtu baru ni, 17.04.2010 DPR layan Selamat Pagi Malaysia, ada 1 slot menampilkan pemuzik bebas dari UiTM mendendangkan lagu cover evolusi. Bukan fasal vokalisnya handsome yang DPR ingin pekatakan tetapi guitar yang digunakkan salah seorang ahli kumpulan terbabit terdapat lambang salah satu negeri di Malaysia diterbalikkan. Logo tersebut adalah lambang negeri Pahang, ya, negeri Pahang Darul Makmur. Negeri DS Najib, PM yang kita kasihi dan negeri tanah tumpah DPR sendiri! - tu yang DPR hangin 1badan pagi 17 April tu! Tak pasti sama ada pemilik guitar tu anak negeri Pahang atau pun sengaja nak sabotaj. Yang paling DPR hangin, kumpulan tersebut muncul di rancangan milik Kerajaan iaitu RTM 1 (Radio Talevisyen Malaysia) di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia yang menterinya Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, merangkap MP Jolobu (kalau DPR tak silap). Macam mana staff RTM tak perasan benda ni. Kalau hal ni dikatakan remeh jangan nanti elemen freemanson/illuminati meresam masuk tanpa disedari ibarat pepatah terhantuk baru nak tergadah - itu sudah terlewat! RTM kena cakna kena peka hal2 sedemikian selepas ni. Jangan biarkan berkara kecil sebegini membarah di aliran televisyen kerajaan. DPR sayang RTM kerana RTM satu2 nya chennal yang clear di rumah DPR.

Monday, April 12, 2010

UTUSAN KAMI PRIHATIN!!! KORANG KENE AMIK PORT!!!

Iklan ni ni altenatif kpd yang rasa2 2 3 bulan lagi tak tau mana nak letak anak dalam perut tu agar memilih tidak membuangkan anak mereka di longgokan sampah mahupun di dalam tandas. Terdesak sangat call je utusan kami prihatin ni. Jangan korang tambah dosa membunuh pulak sementelah dosa zina korang seksaanya amat pedih nakk oiii..Kot2 korang terbaca blog tepi jalan ni korang terbuka hati terbuka minda..Mintak jauh la ya nak...Nauzubillahiminzalik.

Tuesday, March 30, 2010

DPR ANGKAT AMUK KUMPULAN ROCK PALING RELEVAN & EVERGREEN

Ini dia Kumpulan Amuk yang dianggotai oleh Bandi,Budu Siam,Metal Jawa dan Din Taring...mereka ni lebih 'mulia' dari si pembuang bayi & penghisyap syabu pas tu ragut beg orang!!!

"Dalam semak,dalam longkang,yang dibungkus yang telanjang.ada bayi masih merah ditinggalkan manusia tak bermaruah"...Ini adalah bait2 lirik lagu Kumpulan Amuk. Lagu ni termuat di dalam album Tanpa Prejudis (1998). Bagi DPR, walaupun Amuk ni membawa irama keras tetapi mesejnya amat jalas dan relevan. Sama hal juga dengan lirik2 lagu kumpulan rock tanah air seperti Lefhanded, Sweet Charity, May dll yang banyak menyelitkan unsur2 positif.

Awal tahun 2010 ini kita dijamu dengan berita tragis tentang pembuangan bayi. Ini hal mula DPR nak cakap dengan perkataan yang agak kasar. Manusia sebegini lebih teruk dari mat2 rock kangkang diluar sana tu. Hal ini terlalu rumit dan terlalu luas untuk diperkatakan. TETAPI, walau seluas dan serumit mana perkara ni bukanlah matlamat untok menghalalkan cara.

Ibu2 bapa2 paling mojarab untuk panduan anak2. Mereka mesti bentok anak2 sedari kecil. Kita mulakan dengan proses ini dulu..Yang dah lewat tu tengok2 la pukul berapa anak balik,dengan siapa dia berkawan. Jabatan Agama pantau2 la port2 waterfall, taman tasik puteri ke gunung ganang ke untuk operasi benteras maksiat. Polis2 akan tingkatkan rush kalabul malami & benteras penyalahgunaan dadah agar manusia ni tak lagi tengok kucing disangka ayam, tengok ayam disangka serigala. Segalanya bermula dari kita...jom benteras jenayah!

Friday, March 12, 2010

MUSIM PANAS

Pastikan air paip ini dimasak dahulu...

Fanomena al nino sudah kembali. Cengkaman terik matahari begitu terasa pasca musim bah nov-dis yang lalu. Agak sugul bagi pesawah di Kelantan melihat tali air Kemubu semakin hari semakin surut disejat bahang mentari. Di satu sudut lain kelihatan si penoreh tua tersandar pada tiang pondok usang meghela nafas penat hasil jualan 'pot' amat lumayan. Dua situasi ini adalah sisi kehidupan yang ada suka ada duka di dalamnya. Walau apa pun situasi, kita sekarang ni tak boleh lari dari fenomena al nino akibat global woaming angkara tangan2 manusia. Oleh yang demikian...banyak2 lah minum air masak ya ;)

Monday, February 22, 2010

SELOKA BANGSA

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu

Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu

Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu Terkenal dengan budaya malas dan lesu?

Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu

Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu!
Mana tak gendut berpenyakit selalu

Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku?

Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu?

Nak salahkan siapa ibubapa atau guru?
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu?
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu

Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
Pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu?
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOLEH!dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu

Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
Tapi apa yang kita tahu!Cuma baca bila nak halau hantu!


DPR - Seronok je bunyi seloka ni. Pandai je si pencipta ni sesuaikan perkataan yang ada huruf 'u' dibelakang. Seloka ini, tak kira la siapa yang buat berkisarkan 'perangai' negetif orang kita..Itu kita kena terima hakikat. Mungkin pada sisi ahli motivasi akan menentang unsur negetif ini berlegar di persekitaran kepala otak orang kita. Mat saleh penjajah beratus tahun dahulu dah 'mind set' kan pemikiran masyarakat yang melayu=malas, malas=melayu. Ini lah masalahnya...oleh yang demikian, mana2 seloka ini terkena pada batang idung kita, belum terlambat untuk kita berubah. Berubah diri sendiri. InsyAllah, Bangsa MELAYU akan kuat semula. Wallahualambissawab.