Thursday, November 26, 2009

KURSUS BIRO TATANEGARA BERMANFAAT


DPR sudah 3x menyertai Kursus BTN ASAS..Mula2 sekali tahun 2002 di Kem Desa Mahmood, Pasir Mas, Kelantan. Masa ni DPR orientasi Institut Kemahiran yang DPR daftar. Memang padat & melatihkan, tapi DPR tak berapa feel sangat kursus kali ni kerana mungkin mentaliti bebudak lagi masa tu. Kali ke 2 DPR join kursus BTN ni sekitar tahun 2006. Kursus BTN PERTENGAHAN..Bebudak Belia Remaja Melayu campur2 dengan Belia 4B dengan Pemuda UMNO. Kursus BTN ni jangan kita politikkan..kalaupun yang masuk tu hardcore tegar kepada pihak pembangkang tetapi kena amik manafaat sebab Kursus ni untuk menaikkan semangat jatidiri kita sebagai sebuah bangsa yang sadar diri sadar ruang di bumi Malaysia yang tercinta ini. Kursus ni dibuat di Pulau Kapas, Terengganu!..Jauh dari kebisingan...DPR akan terkesan sekali dengan kursus ni demi Agama, Bangsa & Tanahair!...Kursus kali ke 3 ialah di Kem BTN Maran..baru bulan 8 yang lalu...Masa ni DPR dah matang dari segi pemahaman Kenegaraan! DPR pegang prinsip "JANGAN TANYA APA SUMBANGAN NEGARA KEPADA KITA, CUBA TANYA PADA DIRI APA SUMBANGAN KITA KEPADA NEGARA"!


ni DPR selitkan alamat blog aisyah. dalam blog beliau ada menceritakan pengalamanya menyertai Kursus BTN.
http://aisyahmokhtar.blogspot.com/2009/08/btn.html

Sunday, November 22, 2009

SALAM AIDILADHA


Kepada semua Blogger yang beragama Islam, DPR ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. "Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa"..bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee...

Monday, November 9, 2009

JALAN BENTONG – RAUB PERLU DIPERBAIKI!

Nampak je cantik, tapi dihadapan sana bertampal-tampal...

Ribuan Rakyat Pahang & Kelantan kerap melalui jalan ini untuk ke Pantai Timur & Penghubung jalan ke Selatan.

Laluan Bentong-Raub-Lipis begitu sinonim buat rakyat Pantai Timur khususnya rakyat negeri Pahang dan Kelantan. Bentong adalah pintu masuk utama ke Negeri Pahang (dari Kuala Lumpur keluar tol Bentong). Rakyat Kelantan terutamanya akan memilih laluan Bentong – Raub – Lipis untuk pulang ke Kelantan. Adalah terlalu jauh untuk melalui LPT kerana faktor jarak dan caj tol. Untuk ke Terengganu Selatan (Kemaman, Kerteh) adalah sesuai melalui LPT. Sebagai penduduk Pahang, DPR amat kecewa dengan kualiti jalan Bentong – Raub yang bertampal-tampal, berlubang dan tidak rata. Hal ini boleh menyebabkan kemalangan dan kerosakan pada bahagian tertentu kereta. Jika dibandingkan dengan Terengganu (tok sah cerita negeri deme kaya sebab duit royalti minyak), jalan di Pahang masih di tahap kurang memuaskan (DPR dah ronda 1 Pahang tengok dengan mata kepala sendiri). Walaupun berada di bawah tampuk pemerintahan Kerajaan BN dan negeri yang masih menjadi kubu kuat BN sejak sekian lama, adalah agak malang bagi rakyat Pahang. Bukanlah DPR ingin kondem negeri sendiri, Cuma agak kesal tiada tindakan yang drastik dibuat untuk membaik pulih jalan raya secara total dan konsisten (bukanya hanya tampal berbonjol-bonjol, tempek sana tempek sini). Bukan hanya jalan yang teruk, jika dilalui pada waktu malam amat gelita pana kerana tiada lampu jalan. Bayangkan lah jika hari hujan. Melilau mata, bagi yang cerah lagi mata boleh la gagah, hok mane mata doh tejulor mane nok diraba?...Malu,marah,kecewa kerana dua daerah ini mempunyai suara yang amat kuat kerana kedua-dua daerah ini diwakili ahli parlimen berstatus menteri penuh berpotfolio. Tok sah sembang la pasal pelancongan kalau tempat sendiri habat! Tok sah duk nak menyelenghek la nasihat bab kesihatan kalau ke tempat deme pun kalau tak ke kena gaya boleh masuk hospital. Kerajaan Negeri amik la sesuatu yang boleh menngembirakan rakyat Pahang yang mencari rezeki di Kolumpo ni balik dengan aman tanpa gegaran.

TERIMA KASIH KAIKTANGAN WAD BUNGA RAYA HOSPITAL KUALA LIPIS



Pada 2/11/2009 Bonda kepada DPR telah dimasukkan ke Wad akibat hypertension (Darah Tinggi) yang agak teruk. Pada tanggal 9/11.2009 (Isnin) genap seminggu, bonda DPR telah dibenarkan pulang ke rumah setelah kadar tekanan darah kembali normal. Bukanlah DPR ingin menagih simpati ataupun nak glamorkan bonda DPR di halaman blog “kroni” ini, tetapi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan Hospital Kuala Lipis khususnya kakitangan wad Bunga Raya, antaranya ialah Dr. Salina, Dr Zul, Puan Anizah, Puan Mahani, Puan Roslinda, En. Rozanizam, Puan Umi Maisarah, Puan Nik Aziah, En. Noradelan, En. Jahrob, En. Zulkifly, En. Ramly dan Puan Rusyidah yang banyak memberi perhatian kepada bonda DPR serta pesakit-pesakit lain. Ini menunjukkan Kakitangan Kementerian Kesihatan kini semakin cakna terhadap tugasan walaupun seringkali mendapat cemuhan masyarakat akibat kelewatan menunggu giliran untuk mendapat rawatan di Klinik atau Hospital Kerajaan. Dengan berhemahnya kakitangan Hospital Kuala Lipis ini diharap akan memberi motivasi kepada seluruh warga kerja Kementerian Kesihatan terutama yang berkhidmat di Hospital & Klinik Kesihatan. Syabas diucapkan kepada Hospital Lipis.

p/s : DPR mohon maaf jika ada nama staff Wad Bunga Raya yang tidak dapat disebutkan.

Saturday, November 7, 2009

MESYUARAT AGONG PERTUBUHAN AYAHANDA PENASIHAT INSAN MALAYSIA (PAPIM) KALI KE 2








Sabtu,7 Oktober 2009 - Bertempat di Dewan IKIM, pada pukul 9.30 pagi telah berlangsung Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agong Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM) yang telah dirasmikan oleh YBhg. Mej. Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam. Majlis dihadiri Ayahanda PAPIM seluruh negeri diiringi anak jemaah masing-masing memenuhi luar dewan untuk menyambut kedatangan YBhg. Datuk diiringi Presiden PAPIM, Paduka Ayahanda Hj. Daud bin Hj Wahab. Majlis bermula dengan perucapan pengacara majlis iaitu Kekanda Zul Kembara (Majlis Jemaah Cochrane) yang menjemput Ayahanda Hj Yaakob bin Salleh (Ayahanda Besut/Setiu, Terengganu) untuk bacaan doa. Setelah selesai bacaan doa, Kekanda Zul menjemput Presiden PAPIM, iaitu Paduka Ayahanda Hj Daud untuk memberi ucapan. Paduka Ayahanda Hj Daud membuka bicara dengan banyak menekankan tentang peripentingnya "Badan Adik-Beradik" ini berdiri teguh dilandasanya sendiri dan menyeru agar sesama jemaah bersatu untuk melaksanakan tanggungjawab yang suci murni ini. Setelah Paduka Ayahanda Hj Daud selesai memberi amanat yang begitu beharga, tiba giliran tetamu kehormat majlis ini iaitu YBhg. Mej. Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom untuk memberi ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong PAPIM kali ke 2 ini. Banyak sekali penekanan YBhg. Datuk mengenai Ukhuwah Islamiyyah ini dipelihara dari anasir jahat terutama pihak luar yang ingin melihat perpaduan terutama orang Islam ini longgar dan berpecah belah. Diselangi dengan cerita dan jenaka, ucapan YBhg. Datuk mengingatkan DPR tentang Forum Perdana Ehwal Islam yang pernah YBhg. Datuk seringkali menjadi ahli panel rancangan tersebut. Selesai ucapan perasmian, Kekanda Zul K mengumumkan nama-nama Ayahanda untuk mendapatkan sijil PAPIM dari YB Datuk seterusnya bergambar kenang-kenangan di atas pentas dewan IKIM yang pada hari ini mencatat sejarah saksi pertemuan Ayahanda PAPIM seluruh Malaysia. Syabas & Tahniah kepada semua jemaah yang hadzir.

p/s : Maaf kepada Ayahanda Zul & Abang Long E' kerana lewat hadzir ke offiice MJC kerana hal yang tak dapat dielakkan. Sampai saja di ofis, Ayah sudah pergi ke IKIM...Mujur ada Khairul (Adik Abang Long Zahir) menunggu. Khairul juga terlewat. DPR pun mengajak Khairul menaiki sekali kereta untuk ke IKIM. yang sebenarnya DPR tak boleh imagine langsung kat mana IKIM, kira mengharapkan Khairul jela. Khairul pun blur2 jugak (2x5 jugak la) sampai kami tersesat barat merapu tah kemana. Mujur Abang Long E' menalifon DPR untuk memberi direction. Akhirnya kami sampai dengan selamat di IKIM. Alhamdulillah. Ramai juga jemaah MJC seperti Abg Long E', Abg Long Nan, Abang Long Zul K, Abg Long Azfar (Harap-harap abang long sabar atas kekalahan Kelantan,taun depan coba lagi), Abg Long Masron Genting, Abg Long Azman serta abang2 ngah & abang chik yang hadzir.

Wednesday, November 4, 2009

MENYINGKAP KEMBALI 365 HARI SIRI LANSKAP SEJARAH PERSEKUTUAN TANAH MELAYU - MALAYSIA

ROMBONGAN KEMERDEKAAN, 18 JANUARI 1956

Rombongan Rundingan Kemerdekaan terdiri dari wakil Parti Perikatan dan wakil Raja-Raja Melayu.

Dari kiri : Datuk Abdul Razak, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid, Kolonel Lee Hau Shik (H.S Lee), Datuk Mohammad Seth, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Datuk Panglima Bukit Gantang, Toh Muda Hj. Abdul Wahab Abdul Aziz, Datuk Ismail Abdul Rahman dan Datuk Nik Ahmed Kamil Hj. Mahmood.

Berdiri di belakang sebelah kiri : Abdul Kadir Shamsuddin dan Tan Tong Hye.


MENANDATANGANI PERJANJIAN MERDEKA, 8 FEBRUARI 1956

Majlis menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Perekutuan Tanah Melayu di Lancester House, London di antara YTM Tunku Abdul Rahman dan Sir Alan Lennox-Boyd pada 8 Februari 1956.


KONGRES MELAYU SE-MALAYA PERTAMA, 1-4 MAC 1946

Kongres diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini diatur oleh Persatuan Melayu Selangor yang diketuai Encik Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) berjaya menghimpun 41 buah pertubuhan Melayu. Dato’ Onn dipilih menjadi Pengerusi dan telah meluluskan tiga usul penting iaitu :- Cadangan penubuhan ”Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), membantah Malayan Union dan kutipan derma Pelajar Kebangsaan Melayu.


PEMBENTUKAN MALAYAN UNION, 1 APRIL 1946

Malayan Union tetap ditubuhkan pada 1 April 1946 walaupun mendapat tentangan yang hebat dari orang-orang Melayu. Demonstrasi besar-besaran di seluruh Tanah Melayu diadakan bagi gagasan tersebut.


PENUBUHAN UMNO, 11 MEI 1946

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau dikenali sebagai UMNO (United Malays National Organisation) ditubuhkan bersempena KOngres Melayu Ketiga yang diadakan di Istana Besar, Johor Bharu pada 11-12 Mei 1946. Dato’ Onn bin Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO yang pertama.



PENGISTIHARAN DARURAT TANAH MELAYU, JUN 1948

Dokumen terbitan Jabatan Penerangan yang melaporkan peristiwa Darurat di Tanah Melayu.


PILIHAN RAYA PERTAMA MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, 27 JULAI 1955

Suasana sekitar pilihan raya umum di Tanah Melayu, UMNO, MCA dan MIC bergabung membentuk Parti Perikatan. Parti Perikatan telah menang besar 51 buah kerusi dari 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi dimenangi PAS


DOKUMEN PEMANSYURAN KEMERDEKAAN 31 OGOS 1957

Perkara penting yang dinyatakan dalam dokumen ini ialah semua negeri-negeri Semenenjung Tanah Melayu akan menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka serta berpegang kepada prinsip demokrasi.

Pen yang digunakan semasa menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.



TENTERA JEPUN MENYERAH KALAH, 12 SEPTEMBER 1945

Tentera Jepun diketuai Jeneral Seishiro Hagaki, menyerah kalah secara rasmi kepada Lord Louis Mountbatten.


SALINAN PERJANJIAN ANTARA SIR HEROLD MAC MICHEAL DAN RAJA-RAJA MELAYU, 24 OKTOBER 1945

Dokumen ini ditandatangani bagi merialisasikan pembentukan Gagasan Malayan Union.

PERARAKAN PENGAMPUNAN, NOVEMBER 1955

Tunku dan Menteri-menteri Perikatan mengetui perbarisan terhadap bekas-bekas anggota komunis yang menyerah diri.

RUNDINGAN BALING, 28-29 DISEMBER 1955

Rundingan Baling yang diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955 antara pihak kerajaan dan pihak komunis untuk menamatkan darurat.



Semangat kebangsaan hendaklah dijadikan baja bagi menyuburkan kemerdekaan yang dicapai “ – Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
"Kita hanya tinggal kuasa yang akan menentukan BANGSA" - Warisan.
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat








Tuesday, November 3, 2009

ROCK-ROCK JUGA..SESAMA INSAN JANGAN DILUPA.


Sdr/sdri sekalian. Nurhanim Khairuddin dan Kamal Sabran sedang merancang sebuah acara santai seni TAF Sabtu, 14 November 2009, Rumah YKP 3.00 – 6.00 petang. Kami akan membuat jualan ‘bundle’ (buku, pakaian, segala macam item) di samping memutar beberapa filem pendek / seni video dan bertemu dengan khalayak yang ingin berbicara dan berinteraksi dengan kami mengenai seni atau apa saja.8.30 -10.30 malamPada malamnya saudara Meor Yusuf Azidin aka Meor Folk diundang khas untuk sesi promosi buku beliau ‘Sembang Tepi Jalan’ dan mungkin berkongsi cerita mengenai perjalanan hidup beliau sebagai pemuzik jalanan. Beliau seterusnya akan melancarkan Tabung Amirul Fakir (TAF). Acara persembahan dan bacaan puisi akan turut dijalankan untuk mengumpul dana bagi tabung tersebut.*TAF merupakan inisiatif para seniman khususnya teman-teman kepada Amirul Fakir, seorang penyair/penulis tempatan yang sedang membina nama sejak tiga tahun kebelakangan ini. Setelah pelancaran antologi cerpen sulungnya yang bertajuk MEA CULPA pada April 2008, beliau ditimpa penyakit yang tidak dapat dikesan puncanya. Sudah lebih satu setengah tahun beliau tidak dapat bergiat dan mencari rezeki.Justeru itu, sebagai sebuah komuniti seni yang prihatin, TAF ini dilancarkan untuk menghimpun wang bagi membantu mengurangkan beban kos perubatan dan sarahidup Amirul Fakir. Semoga usaha kita sedikit sebanyak turut memberi semangat kepada beliau untuk tidak terus menyerah kalah.Saya memohon bantuan rakan-rakan untuk menjayakan acara ini seadanya. Bantuan dari segi kewangan, sumbangan persembahan, pinjaman PA system, projektor, kudapan, desain flyer dan promosi dan apa-apa yang difikirkan perlu amatlah dialu-alukan.Semoga Tuhan memberkati. InsyaAllah. copy dari blog Nerve (yang dicopy dari blog Kamal Sabran)...