Tuesday, November 3, 2009

ROCK-ROCK JUGA..SESAMA INSAN JANGAN DILUPA.


Sdr/sdri sekalian. Nurhanim Khairuddin dan Kamal Sabran sedang merancang sebuah acara santai seni TAF Sabtu, 14 November 2009, Rumah YKP 3.00 – 6.00 petang. Kami akan membuat jualan ‘bundle’ (buku, pakaian, segala macam item) di samping memutar beberapa filem pendek / seni video dan bertemu dengan khalayak yang ingin berbicara dan berinteraksi dengan kami mengenai seni atau apa saja.8.30 -10.30 malamPada malamnya saudara Meor Yusuf Azidin aka Meor Folk diundang khas untuk sesi promosi buku beliau ‘Sembang Tepi Jalan’ dan mungkin berkongsi cerita mengenai perjalanan hidup beliau sebagai pemuzik jalanan. Beliau seterusnya akan melancarkan Tabung Amirul Fakir (TAF). Acara persembahan dan bacaan puisi akan turut dijalankan untuk mengumpul dana bagi tabung tersebut.*TAF merupakan inisiatif para seniman khususnya teman-teman kepada Amirul Fakir, seorang penyair/penulis tempatan yang sedang membina nama sejak tiga tahun kebelakangan ini. Setelah pelancaran antologi cerpen sulungnya yang bertajuk MEA CULPA pada April 2008, beliau ditimpa penyakit yang tidak dapat dikesan puncanya. Sudah lebih satu setengah tahun beliau tidak dapat bergiat dan mencari rezeki.Justeru itu, sebagai sebuah komuniti seni yang prihatin, TAF ini dilancarkan untuk menghimpun wang bagi membantu mengurangkan beban kos perubatan dan sarahidup Amirul Fakir. Semoga usaha kita sedikit sebanyak turut memberi semangat kepada beliau untuk tidak terus menyerah kalah.Saya memohon bantuan rakan-rakan untuk menjayakan acara ini seadanya. Bantuan dari segi kewangan, sumbangan persembahan, pinjaman PA system, projektor, kudapan, desain flyer dan promosi dan apa-apa yang difikirkan perlu amatlah dialu-alukan.Semoga Tuhan memberkati. InsyaAllah. copy dari blog Nerve (yang dicopy dari blog Kamal Sabran)...

No comments:

Post a Comment