10 malam terakhir ni memang ditunggu-tunggu untuk umat Islam melakukan amal ibadat sebanyak mungkin untuk mendapatkan Lailatul Qadar. Di Masjid-masjid semakin makmur dengan jemaah yang hadzir, lauk pauk untuk moreh pun agak 'laku' walaupun jemaah agak penat mengharungi terawikh ber surah panjang, namun perjuangan rak'yat Palestin lagi getir berterawikh di atas hamparan keras dan ditabiri dinding lompang. Kita di Malaysia dapat berjemaah dengan aman walaupun sesekali terdengar dentuman 'bazooka' dari pewaris 'sucide bombers' cilik Malaysia tanpa menghiraukan ada jemaah yang berpenyakit jantung mahupun lemah semangat (bagi jemaah wanita).Tapi yang paling penting jemaah amat terganggu dari bunyi mercun yang dimainkan anak-anak ini. Tiada pemantauan dari ahli keluarga mahupun jiran tetangga kerana sikap 'tak amik port' sesetengah orang kita dan masih berpegang teguh dengan prinsip 'jangan jaga tepi kain orang'. Mana pergi semangat 44 kiri kanan depan belakang? Oleh yang demikian, kepada ibu bapa dan penjaga pantau lah anak-anak kita agar tidak terlalu ghairah menyambut raya kerana dikhuatiri akan beraya di hospital.
Orang2 sekarang memang tak berani nak menegur anak2 org lain..silap2 kang kita lak kena maki...tak pun dia marah anak, tapi cam perli kita je...tu la pasal,jadi camtu...bunyi dentuman tu sangat memberi kesan pada
ReplyDeleteorang2 yang melatah ...kesian!!!
betui cakap hai...memang naya betui laaa orang ada penyakit latah kalau g terawikh di mesjid...dan dia melatah habih jemaah telingkup sama..buatnya ada 2 3 jemaah lagi yang berpenyakit sama tak ke haru mesjid?so bapa2 ibu2 pantau la anak2 anda di mesjid,nasihati mereka supaya jangan main mercun berhampiran masjid (tak main langsung lagi baguih).
ReplyDelete