Sunday, May 8, 2011

PILIHANRAYA UMUM KE 13 SEMAKIN HAMPIR

Desas desus Pilihanraya Umum ke 13 dan pengumuman Perdana Menteri membubarkan Parlimen bertiup kenchang semenjak dua menjak ni. Di televisyen RTM pun kini giat mempromosi daftar pemilih dan segmen2 berita memaparkan tentang sebarang aktiviti transformasi kerajaan pemerintah, BN dan sesekali "mengasak" kerajaan pakatan pembangkang dengan berita dalam negeri yang membawa maksud tersendiri untuk diterjemah dalam benak pemikiran rakyat tentang betapa "lemahnya" kerajaan negeri pakatan rakyat memerintah - dan yang lucunya semua massalah itu diletakkan semua atas pundak kerajaan pusat yakni barisan nasional.

Desas desus Pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir juga diterjemah dengan kunjungan PM kke semua negeri2 berula hebat pada PRN sarawak bulan lepas dan dilangsungkan kunjunganya ke beberapa negeri semenanjung sehingga kini - yang DPR rasa bermatlamat untuk memberi "tonik" kepada kepimpinan bn negeri terhadap kesiap siagaan menghadapi PRU 13 nanti yang dijangka "maha-sengit".

PRU13 penentu hayat politik bn dan kelangsungan hayat politik pr di malaysia. sama2 kita nantikan "peperangan politik paling dahasyat" pasca riot69.

daftar pemilih :- http://www.spr.gov.my/

No comments:

Post a Comment