Tuesday, December 29, 2009

SEPETANG DI ASIA BARAT

FOR SALE!!!
Karya DPR bertajuk "Priwayat Resolusi Bangsat". Pernah di pamerkan di National Art Gallery, Malaysia untuk pameran Amal Palestin. Sesiapa yang berminat dengan karya ini bolehlah comment di posting ini. SEPARUH DARI HASIL JUALAN AKAN DIDERMAKAN PADA RUMAH ANAK YATIM.

Jihad Fi-Sabillilah!!!

Zionis jahanam kini terus-terusan membina penempatan haram di Baitulmaqdis. Muslimin Muslimat semua sudah faham sangat perangai khianat bangsa Yahudi ni. DPR peram lama dah puisi ni..Terbaru DPR hempurkan kata-kata puisi ini di helaian kanvas & terjadilah artworks. Arghhhh...mari kita sama-sama mengalunkan ungkapan benci pada Zionos!!! WE SUPPORT ANTI-ZIONIS MOVEMENT!!!


SEPETANG DI ASIA BARAT

Muncung senjata Zionis kiriman Washington
Terus berkala menghambat anak-anak geligis.
Vempire Bush dan makhluk boyak Olmert
Terbahak-bahak melihat peluru besi “Made In USA”
Menembusi dada awam Lubnan, kepala wanita Palestin
Jantung, hati, rangka, nadi anak-anak Iraq.

Tiada lagi istilah sunyi di awan malam Lubnan,
Tiada lagi kicau burung di pagi awan siang siang Palestin,
Tiada lagi gelak tawa anak kecil di awan petang Iraq,
Hanya deruan jentolak menyambut hening pagi
Di penjara luas ini.

Deruan yang menandakan ada korban, ada kemusnahan,
Kemusnahan yang hanya dipertonton Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bacul,
Kesengsaraan yang hanya di tangisi “Oh I see”,
Tiada daya, tiada kuasa.

Selagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bacul terus mengemaskini
Skrip retorik dan drama rundingan tunggangan kuasa veto,
Selagi itulah anak-anak geligis terus berjuang
Membebaskan tanah air dari maghzul durjana.

DPR

11 Rejab 1427H-02.50pm

JERIT PERIH SEORANG POSMEN PART II


DPR sebenarnya bukan lah aktivis hak asasi pekerja ataupun berkepentingan di dalam kesatuan kerja mana-mana jabatan ataupun syarikat. DPR cuba menyelami rutih harian mereka boleh membuatkan kita berfikir. Mengapa Posmen? mengapa tidak pekerja Alam Flora? Pekerja Propel (baru2 ni sudah masuk Majalah 3), Mengapa tidak Teknisyen TNB? (pun sudah masuk Majalah 3)...sebab..DPR dulu pernah kerja POS MALAYSIA!..Walaupun bukan sebagai Posmen, tetapi kesemua rakan (yang memahami) adalah Posmen. Sepertimana yang DPR kata tadi, DPR bukanlah seorang aktivis hak asasi pekerja mahupun berkepentingan dalam kesatuan sekerja mana2 jabatan ataupun syarikat...Yang DPR mau posting hanyalah secebis sajak penghormatan tertinggi kepada Posmen dan working class yang lain. You all memang best!!!

LALUAN - (TRIBUTE TO POS MALAYSIA BERHAD)

Tika detik menyingkap sinar,
Tangga-tangga saat berdetik pantas,
Menderu redah titis embun,
Menuju lubuk rezeki.

Laluan itu adalah mesti,
Tujuan itu mestilah pasti,
Pada satu tekad,
Satu matlamat.

Pada minggu yang perit,
Ribuat warkah penting,
Tersisip pada bit alamat dan dalam karungan padat.

Roda dua menjadi saksi,
Pada laluan setiap jalanraya,
Yang penuh bahaya.

Demi kerjaya yang terpikul pada bahu tanggungjawab,
Ribuan mel di bit dan karungan padat,
Menuju alamat.


DPR,
3.53 am – 08.02.2008

JERIT PERIH SEORANG POSMEN


PETUGAS Pos Malaysia ini mendapat kecederaan parah setelah terlibat dalam satu kemalangan berhampiran bangunan Sime Darby di ibu negara baru-baru ini.
Dalam keadaan di antara sedar dan tidak, beliau sempat menadah tangan memohon doa kepada Yang Maha Esa.
Seorang teman dalam Facebook, Saudara Effendi Rasyid yang berada di tempat kejadian sempat mengambil gambarnya yang ketika itu sedang berlumuran darah.
Dalam kita mengejar harta dunia dan kehidupan yang selesa, kita mungkin terlupa jasa yang disumbangkan oleh pekerja kolar biru seperti posmen, Mat Despatch, staff Alam Flora, kakitangan Indah Water dan lain-lain lagi.
Hujan dan terik mentari adalah permainan mereka, debu dan kotoran adalah jiwa mereka, comot dan kusam adalah ‘roh’ mereka, namun demi mencari rezeki yang halal untuk anak dan isteri di rumah, semua itu terpaksa ditelan begitu saja.
Seperti lelaki di atas. Dia bukannya pahlawan yang mendapat pingat keberanian terbilang, dia bukan seorang hakim yang mampu menjulang keadilan, dia juga bukan seorang ahli politik yang memenangi kerusi walau dengan hanya menggunakan lakonan dan lidah bercabang, tetapi bagi aku dia juga seorang perwira (biarpun tanpa ijazah dan penghormatan segala).
Cuma bezanya nama dan kisah malangnya tak mungkin tersiar di mana-mana media, kerana dia juga seperti aku, bukan siapa-siapa.

(Artikel dipetik dari laman syarilkadir.worldpress.com)

Sunday, December 27, 2009

MENYINGKAP TIRAI 1431H

Buang yang keruh,ambil yang jernih...

i

Menyingkap tirai seribu empat ratus tiga puluh satu hijrah yang lalu cukup getir. Tuntutan separuh iman mengajar erti pengorbanan jitu pada hati-hati yang merdeka.
Berpayung pada cengkaman musyrik lewat sembilan puluh enam purnama menghalangi sinar Ad-Din terus syumul di bumi anbiya.

ii

Menyingkap tirai seribu empat ratus tiga puluh satu hijrah yang lalu cukup payah melihat Bilal terseksa terjahan batu pada dada, Sayu pilu tergamam cekalnya Yassir pada hadiran sakaratulmaut menjemput dan gelegak api menjilat tubuh Khabbab Alarats – namun kepingan hati cekal waja anugerah Illahi – Allah Azzawajalla mengatasi lapis lemahnya iman anak Adam.

iii

Menyingkap tirai seribu empat ratus tiga puluh satu hijrah yang lalu cukup menginsafkan tatkala tertegaknya Daulah Islamiyyah kini – disambut persengketaan sesama kita.
Merenung jauh kiblat pertama ku berlumuran tompok kemusnahan pada dinding Al-Aqsa.
Sayu terlindung pada pancaran terik mentari terbenam lewat petang di Baitulmuqaddis kian sunyi dari kemakmuran tanahnya.

iv

Menyingkap tirai seribu empat ratus tiga puluh satu hijrah yang lalu sangat berliku,
Daulah Islamiyyah yang dulu dibina muslimin kepingan hati cekal waja anugerah Illahi kini tergadai dan kian getir memujuk sesama kita untuk bersatu ke jalan yang lurus.
Hanya takdir dan waktu menjadi saksi persaudaraan hanya pada pelukan dan lagaan pipi kembali berpatah arang dan hilang pada hati-hati yang kering, bersengketa ia setiba laungan dengki khianat mengejar kerdipan duniawi.

v

Menyingkap tirai seribu empat ratus tiga puluh satu hijrah yang lalu, maka kini sampai saatnya mata hati jiwa raga setiap anak-anak tandus bersatu pada pautan ampuh Ikhwanul Muslimin demi hijrah yang murni.


DPR,
Malaysia Tanah Airku,
22.35 PM / 4 MUHARAM 1431

Wednesday, December 16, 2009

TERBANG MELAYANG


i

Di sudut pana gelita kupetik suis berpusing sejuk & kalimantang bernyala cerah cahaya putih.


ii

Hamparan sejadah merah menghadap ke arahNya...ku tunduk.


iii

Pada mula takbiratul ihram pertama ku angkat semangat kasad, taarud, takyin mula payah, mula tersasar pada ingatan dak'ayah duniawi.


iv

Di sebalik tabir kain..tiada bauan sisa membusuk terbiar,Hanya diurung langau hijau berbulu,Kian jelas bunyi langau hinggap pada secebis ceritara duniawi yang tiada berpenghujung,


v

Di akhir salam,Kian nyaring bunyi langau hijau berbulu,Menguhurung ceritera duniawi yang tiada berpenghujung.


DPR,
17.12.2009

Tuesday, December 15, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H


Salam Maal Hijrah 1431H kepada semua rakan blogerz DPR. Dalam Islam ni dah cantik dah, lepas je kita berkorban pada Aidiladha lepas, sekarang mai plak tahun baru Maal Hijrah..Kita flashback balik hijrah zaman Rasullulah S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Semangat itu kita ambil. Ok,akhir kalam...Salam tahun baru kepada semua blogerz..angkat lah Maal Hijrah lebih tinggi martabatnya dari hapi new year!

JALAN-JALAN 1MALAYSIA

Mendaki puncak Cameron...dekat yeee????
Ni bangsal tempat orang asli jual petai...

Sejuk ya amat nak kabor ke aok!

Ada jugak muzium kat sini???

Jemmmm...sebab kat depan nu ada pasar malam...dekat 2jam duk main jem ni...dah la sejuk..dah sejuk paham2 je la..tandas awam melambai2...


Segar2 sayur kat pasar malam ni...majoriti penjual berbangsa cina..ada pun muka cam melayu tapi dia pun pekerja..tokey bangsa tulooo...


Kektus...belipun bukanya boleh makan...(padahal DPR tengan kering masa ni)


Tak da aroh la pitih takdok...kalu dok lepah ko kolupo doh mung!

Pada hari Sabtu, 5.12.2009 yang lalu DPR telah pergi ke rumah abang ipar di Ipoh. Petang tu je abang ipar DPR ajak gi pasar malam cameron..."dekat jeee" katanya..DPR pun folow jela...dekat hapa..2jam perjalanan (belum campur jem lagi di Brinchang akibat kenderaan banyak)...panjang lagi cerita,tapi DPR tak lalu...hah,1 lagi benda penting nak bagitau..walaupun Cameron Highlands terletak di dalam negeri Pahang..tapi DPR selaku anak Pahang tak rajin hayat jejak kaki ke Cameron...hambik kau!..