Saturday, January 30, 2010

HATI-HATI KETIKA DI HENTIAN PEKELILING

Ini bas stand Pekeliling...geng2 Pahang famous la stesen ni...

Ini cerita DPR mau kongsi la sama u all. Semalam 30/1/2009 (Sabtu) DPR mau pulang ke kampung halaman di Pahang. DPR malas nak drive sebab penat baru balek out station terus ke Hentian Pekeliling untuk amik tiket. Itu jam pukul 6.00ptg, tiket 6.30ptg,dalam hati cakap ada lagi 1/2 jam menunggu. DPR sambar 100 plus RM 1.70 untuk menghilangkan dahaga. DPR cari kerusi untuk berlabuh setelah penat berjalan. Dekat dengan tandas awam hentian bas ada baik punya seat untuk penumpang menunggu bas, memandangkan kat situ lengang sedikit dari laluan bas, kebetulan tak ramai penumpang yang menunggu disitu. Baru je DPR landing tak sampai 2 3 minit mai seorang pemuda berbaju t-shirt kelabu, berseluar jeans biru season,ber bareta, gigi rongak dihadapan dan berkasut cokelat. Terus mai duk tepi DPR memperkenalkan dia ni orang Jengka..."abang, ni stesen bas nak gi Pahang...abang orang Pahang ke?"..eh,mangkuk ni dalam ati aku...ini soal aku nak gi Pahang ke Trengganu aku punya peduli. Pemuda berjeans lusuh kembali berbicara - "abang, abang jangan salah faham dengan saya,kalau abang nak tolong tak tolong pun tak pa". Dalam ati DPR dah dapat baca isi hati ini pemuda harapan negara ni! cuma yang bersarang dalam kepala otak DPR apa kaler dia mau. Pemuda rongak gigi depan kembali menagih kesian - "saya dah 2 hari tido dekat stesen ni,abang tengok mata saya macam bangun tido,saya ni takda duit nak balik jengka,sebelum ni saya kerja tapi tokey tak bayar gaji...dan pelbagai lagi kesulitan yang bisa membuat insan prihatin menghulur bantuan. DPR buat bodoh je masa dia cerita dan sesekali bermesej dengan isteri. Pemuda rongak berjeans lusuh mula menghela nafas give up. Tak makan umpan ini mamat rambut serabai ni gamaknya! DPR terus capai air cap 100 RM 1.70 yang di beli dengan nyonya tepi kaunter tadi...sampai suku nak habis DPR hulur kat pemuda rongak...Capai terus minum brader! DPR pancing lagi, sebatang saat 14 merah dihulur...sangap brader..lembu dengan tali dia capai. Tak kesah la tu...masa pemuda rongak menikmati saat merah DPR tak berkata apa,biar la dia melayan asap rokok tu, tak tau la dalam senyap tengah mencari idea. .Sah! elok je DPR cucuh api saat di tong sampah dia merayu keanak-anakan lagi, kali ni dia kasi keluar duit kertas. Dia genggam itu duit...dia kata sama DPR "abang kalau tak percaya abang amik duit ni abang tolong belikan tiket..DPR pun cakap,ok,jom ikut aku...DPR tanya nak naik bas apa?..dia kata bulan restu pun boleh...DPR gi kanter,tapi pemuda harapan bangsa ni tak nak beli dekat kanter,dia nak bayar terus dekat drebar, ok,sedang molek drebar bulan restu ada depan mata DPR terus tanya (tak dan tanya drebar bas si pemuda rongak jengka 11 sudah lari)...haaa...ini pemuda rongak jengka 11 sudah nampak dia punya auta. DPR nampak kelibat gelisah pemuda rongak jengka 11 ni di kejauhan. Ikut hati mahu DPR tuam tang mulut biar bersepah gigi laksana balingan bowling yang strike. DPR perati lagi kelibat dia, pemuda rongak jengka 11 ni menggunakan modus operandi yang sama untuk menjerat mangsa! Watak pemuda rongak jengka 11 berseluar jeans lusuh berbareta berkasut cokelat ini soheh mat pit. kompom! Oleh itu, berhati-hati kalau berjalan di Pekeliling atau di mana kawasan panas yang lain spt di hentian pudu, pertama komplex dll. Wassalam.

No comments:

Post a Comment