Saturday, February 6, 2010

KEBETULAN ATAU DI RANCANG?



Ini dia Ai On Malaysia...la ni duk kat Melaka...nama pun dah mirip2 dengan "eye all seeing"...suratan atau kebetulan?...

Lihat pancang seperti huruf V terbalik yang support jambatan KLsisi ini. Sama seperti geometri yang digunakan sebagai logo freemanson. Lihat gambar bawah:-

Penemuan artikel mengenai unsur Illuminati dalam AJL di dalam akhbar tabloid Pancaindera ketika DPR berada di Machap, Melaka pada 24 Januari 2010 yang lalu amat memeranjatkan. Secara langsung DPR menonton AJL sehingga selesai namun tidak perasan semua ini kecuali semasa persembahan Search yang berlatar belakangkan paparan skin besar logo kumpulan itu yang mirip eye seeing all (logo yang digunakan pergerakan Illuminati/Freemanson). Penemuan ini di bongkar oleh pelajar Melayu yang menuntung di Jordan dalam laman blognya iaitu jejakitinngalanrasul.blogspot. Pada hemat DPR, tidak hairan unsur ini dirancang kerana pengaruh ini memang targetnya 3S iaitu Song,Spot & Sex. Kita telah dikepung oleh pengaruh ini tanpa kita sadar! Sebelum ini Malaysia heboh mengenai isu Black metal iaitu music keras yang disulami dengan lirik ritual pemujaan syaitan & mitos alam ghaib / mistik. Pengaruh satanic yang di bawa oleh pergerakan terancang ini halus untuk meloloskan ideologi mereka ke arah new world orde! Tetapi musik yang lembut sifatnya seperti ska dan reggae tak terlepas dari unsur illuminati! Contohnya, peminat aliran muzik ska mesti akan mengenakan imej petak dam hitam putih di pakaian mereka, tak kira la di topi ke, di baju ke, padahal tanpa kita sadar yang petak hitam putih tu ialah chakered floor yang di gunakan gerakan illuminati (hal ini telah dikupas oleh jejaki tinggalan rasul). Muzik reggae pula umum dah tau yang iconya tak lain tak bukan ialah Robert Nesta. Walaupun menyelitkan unsur kemanusiaan dalam liriknya, namun reaggea sebenarnya medium untuk menyebarkan ajaran Rastafari yang tanpa kita sadar, Robert Nesta mengakui puak2 mereka ni sebahagian 12 puak Zionis. Adakah kita masih nak mengikuti mereka setelah kita sadar? Adakah ideology ini disuntik virusnya hanya pada 3S? Walhalnya dalam industri pembinaan Malaysia juga banyak ada bangunan yang menonjolkkan identiti Illuminati seperti KL SiSi, Sunwxx Piramid, Ai On Malaysia (sekarang di Melaka, sebelum ini di Tasik Titiwangsa KL). Lihat gambaran DI ATAS ini untuk membuka mata kita :-

2 comments:

  1. kebetulan atau dirancang...

    kalau yang ni pulak

    http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=7044

    cam mana?

    ReplyDelete
  2. pengkhianat agama bangsa dan tanah air!!! tak lama lagi kan tertambatlah kaki dia di sg buloh!

    ReplyDelete