Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu Terkenal dengan budaya malas dan lesu?
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu!
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru?
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu?
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
Pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu?
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOLEH!dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
Tapi apa yang kita tahu!Cuma baca bila nak halau hantu!
DPR - Seronok je bunyi seloka ni. Pandai je si pencipta ni sesuaikan perkataan yang ada huruf 'u' dibelakang. Seloka ini, tak kira la siapa yang buat berkisarkan 'perangai' negetif orang kita..Itu kita kena terima hakikat. Mungkin pada sisi ahli motivasi akan menentang unsur negetif ini berlegar di persekitaran kepala otak orang kita. Mat saleh penjajah beratus tahun dahulu dah 'mind set' kan pemikiran masyarakat yang melayu=malas, malas=melayu. Ini lah masalahnya...oleh yang demikian, mana2 seloka ini terkena pada batang idung kita, belum terlambat untuk kita berubah. Berubah diri sendiri. InsyAllah, Bangsa MELAYU akan kuat semula. Wallahualambissawab.
Monday, February 22, 2010
Sunday, February 7, 2010
KEBETULAN ATAU DI RANCANG? PART II

Siapa minat drama episod Chenta Balqish yang disiarkan setiap pukul 6.30 petang di tivi3 sekitar bulan 11-12 2009 yang lepas??? DPR yakin ramai minat cerita. Mungkin ramai tak perasan pada scene mak bapak si ezany dengan memei syuhaija tengah makan di meja makan..ada menorah di atas meja makan tu…Drama Melayu, director Melayu, warga kerja Melayu..takkan tak tau benda tu adalah benda yang digunakkan jews dalam agama mereka. Tak percaya,beli la cd cerita tu dan perati betul2 ketika scene tu. Itu baru 1, berapa banyak lagi unsur-unsur yang kita tak perasa melanda dalam kehidupan seharian kita di bumi bertuah Malaysia ini. Wallahualambissawab.
Saturday, February 6, 2010
KEBETULAN ATAU DI RANCANG?
Ini dia Ai On Malaysia...la ni duk kat Melaka...nama pun dah mirip2 dengan "eye all seeing"...suratan atau kebetulan?...
Lihat pancang seperti huruf V terbalik yang support jambatan KLsisi ini. Sama seperti geometri yang digunakan sebagai logo freemanson. Lihat gambar bawah:-
Penemuan artikel mengenai unsur Illuminati dalam AJL di dalam akhbar tabloid Pancaindera ketika DPR berada di Machap, Melaka pada 24 Januari 2010 yang lalu amat memeranjatkan. Secara langsung DPR menonton AJL sehingga selesai namun tidak perasan semua ini kecuali semasa persembahan Search yang berlatar belakangkan paparan skin besar logo kumpulan itu yang mirip eye seeing all (logo yang digunakan pergerakan Illuminati/Freemanson). Penemuan ini di bongkar oleh pelajar Melayu yang menuntung di Jordan dalam laman blognya iaitu jejakitinngalanrasul.blogspot. Pada hemat DPR, tidak hairan unsur ini dirancang kerana pengaruh ini memang targetnya 3S iaitu Song,Spot & Sex. Kita telah dikepung oleh pengaruh ini tanpa kita sadar! Sebelum ini Malaysia heboh mengenai isu Black metal iaitu music keras yang disulami dengan lirik ritual pemujaan syaitan & mitos alam ghaib / mistik. Pengaruh satanic yang di bawa oleh pergerakan terancang ini halus untuk meloloskan ideologi mereka ke arah new world orde! Tetapi musik yang lembut sifatnya seperti ska dan reggae tak terlepas dari unsur illuminati! Contohnya, peminat aliran muzik ska mesti akan mengenakan imej petak dam hitam putih di pakaian mereka, tak kira la di topi ke, di baju ke, padahal tanpa kita sadar yang petak hitam putih tu ialah chakered floor yang di gunakan gerakan illuminati (hal ini telah dikupas oleh jejaki tinggalan rasul). Muzik reggae pula umum dah tau yang iconya tak lain tak bukan ialah Robert Nesta. Walaupun menyelitkan unsur kemanusiaan dalam liriknya, namun reaggea sebenarnya medium untuk menyebarkan ajaran Rastafari yang tanpa kita sadar, Robert Nesta mengakui puak2 mereka ni sebahagian 12 puak Zionis. Adakah kita masih nak mengikuti mereka setelah kita sadar? Adakah ideology ini disuntik virusnya hanya pada 3S? Walhalnya dalam industri pembinaan Malaysia juga banyak ada bangunan yang menonjolkkan identiti Illuminati seperti KL SiSi, Sunwxx Piramid, Ai On Malaysia (sekarang di Melaka, sebelum ini di Tasik Titiwangsa KL). Lihat gambaran DI ATAS ini untuk membuka mata kita :-Saturday, January 30, 2010
HATI-HATI KETIKA DI HENTIAN PEKELILING
Ini bas stand Pekeliling...geng2 Pahang famous la stesen ni...Ini cerita DPR mau kongsi la sama u all. Semalam 30/1/2009 (Sabtu) DPR mau pulang ke kampung halaman di Pahang. DPR malas nak drive sebab penat baru balek out station terus ke Hentian Pekeliling untuk amik tiket. Itu jam pukul 6.00ptg, tiket 6.30ptg,dalam hati cakap ada lagi 1/2 jam menunggu. DPR sambar 100 plus RM 1.70 untuk menghilangkan dahaga. DPR cari kerusi untuk berlabuh setelah penat berjalan. Dekat dengan tandas awam hentian bas ada baik punya seat untuk penumpang menunggu bas, memandangkan kat situ lengang sedikit dari laluan bas, kebetulan tak ramai penumpang yang menunggu disitu. Baru je DPR landing tak sampai 2 3 minit mai seorang pemuda berbaju t-shirt kelabu, berseluar jeans biru season,ber bareta, gigi rongak dihadapan dan berkasut cokelat. Terus mai duk tepi DPR memperkenalkan dia ni orang Jengka..."abang, ni stesen bas nak gi Pahang...abang orang Pahang ke?"..eh,mangkuk ni dalam ati aku...ini soal aku nak gi Pahang ke Trengganu aku punya peduli. Pemuda berjeans lusuh kembali berbicara - "abang, abang jangan salah faham dengan saya,kalau abang nak tolong tak tolong pun tak pa". Dalam ati DPR dah dapat baca isi hati ini pemuda harapan negara ni! cuma yang bersarang dalam kepala otak DPR apa kaler dia mau. Pemuda rongak gigi depan kembali menagih kesian - "saya dah 2 hari tido dekat stesen ni,abang tengok mata saya macam bangun tido,saya ni takda duit nak balik jengka,sebelum ni saya kerja tapi tokey tak bayar gaji...dan pelbagai lagi kesulitan yang bisa membuat insan prihatin menghulur bantuan. DPR buat bodoh je masa dia cerita dan sesekali bermesej dengan isteri. Pemuda rongak berjeans lusuh mula menghela nafas give up. Tak makan umpan ini mamat rambut serabai ni gamaknya! DPR terus capai air cap 100 RM 1.70 yang di beli dengan nyonya tepi kaunter tadi...sampai suku nak habis DPR hulur kat pemuda rongak...Capai terus minum brader! DPR pancing lagi, sebatang saat 14 merah dihulur...sangap brader..lembu dengan tali dia capai. Tak kesah la tu...masa pemuda rongak menikmati saat merah DPR tak berkata apa,biar la dia melayan asap rokok tu, tak tau la dalam senyap tengah mencari idea. .Sah! elok je DPR cucuh api saat di tong sampah dia merayu keanak-anakan lagi, kali ni dia kasi keluar duit kertas. Dia genggam itu duit...dia kata sama DPR "abang kalau tak percaya abang amik duit ni abang tolong belikan tiket..DPR pun cakap,ok,jom ikut aku...DPR tanya nak naik bas apa?..dia kata bulan restu pun boleh...DPR gi kanter,tapi pemuda harapan bangsa ni tak nak beli dekat kanter,dia nak bayar terus dekat drebar, ok,sedang molek drebar bulan restu ada depan mata DPR terus tanya (tak dan tanya drebar bas si pemuda rongak jengka 11 sudah lari)...haaa...ini pemuda rongak jengka 11 sudah nampak dia punya auta. DPR nampak kelibat gelisah pemuda rongak jengka 11 ni di kejauhan. Ikut hati mahu DPR tuam tang mulut biar bersepah gigi laksana balingan bowling yang strike. DPR perati lagi kelibat dia, pemuda rongak jengka 11 ni menggunakan modus operandi yang sama untuk menjerat mangsa! Watak pemuda rongak jengka 11 berseluar jeans lusuh berbareta berkasut cokelat ini soheh mat pit. kompom! Oleh itu, berhati-hati kalau berjalan di Pekeliling atau di mana kawasan panas yang lain spt di hentian pudu, pertama komplex dll. Wassalam.
Tuesday, January 19, 2010
DPR BANTAH PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH PENERBITAN HEROLD KATOLIK!!!
klik imej untuk paparan lebih jelas
DPR tak sempat untuk posting bantahan kerana outstation..Tetapi sempat juga mengaminkan doa di Pantai Batu Burok, K.Trengganu bersama NGO2 Terengganu menentang penggunaan kalimah Allah oleh Herot Katolik. Di sini DPR ingin menyampaikan bantahan secara rasmi di laman blog rasmi DPR!
DENGAN INI, DPR SECARA RASMINYA MEMBANTAH PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH PENERBITAN HEROLD KATOLIK!
Tuesday, December 29, 2009
SEPETANG DI ASIA BARAT
FOR SALE!!!
Karya DPR bertajuk "Priwayat Resolusi Bangsat". Pernah di pamerkan di National Art Gallery, Malaysia untuk pameran Amal Palestin. Sesiapa yang berminat dengan karya ini bolehlah comment di posting ini. SEPARUH DARI HASIL JUALAN AKAN DIDERMAKAN PADA RUMAH ANAK YATIM.
Jihad Fi-Sabillilah!!!Zionis jahanam kini terus-terusan membina penempatan haram di Baitulmaqdis. Muslimin Muslimat semua sudah faham sangat perangai khianat bangsa Yahudi ni. DPR peram lama dah puisi ni..Terbaru DPR hempurkan kata-kata puisi ini di helaian kanvas & terjadilah artworks. Arghhhh...mari kita sama-sama mengalunkan ungkapan benci pada Zionos!!! WE SUPPORT ANTI-ZIONIS MOVEMENT!!!
SEPETANG DI ASIA BARAT
Muncung senjata Zionis kiriman Washington
Terus berkala menghambat anak-anak geligis.
Vempire Bush dan makhluk boyak Olmert
Terbahak-bahak melihat peluru besi “Made In USA”
Menembusi dada awam Lubnan, kepala wanita Palestin
Jantung, hati, rangka, nadi anak-anak Iraq.
Tiada lagi istilah sunyi di awan malam Lubnan,
Tiada lagi kicau burung di pagi awan siang siang Palestin,
Tiada lagi gelak tawa anak kecil di awan petang Iraq,
Hanya deruan jentolak menyambut hening pagi
Di penjara luas ini.
Deruan yang menandakan ada korban, ada kemusnahan,
Kemusnahan yang hanya dipertonton Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bacul,
Kesengsaraan yang hanya di tangisi “Oh I see”,
Tiada daya, tiada kuasa.
Selagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bacul terus mengemaskini
Skrip retorik dan drama rundingan tunggangan kuasa veto,
Selagi itulah anak-anak geligis terus berjuang
Membebaskan tanah air dari maghzul durjana.
DPR
11 Rejab 1427H-02.50pm
JERIT PERIH SEORANG POSMEN PART II

DPR sebenarnya bukan lah aktivis hak asasi pekerja ataupun berkepentingan di dalam kesatuan kerja mana-mana jabatan ataupun syarikat. DPR cuba menyelami rutih harian mereka boleh membuatkan kita berfikir. Mengapa Posmen? mengapa tidak pekerja Alam Flora? Pekerja Propel (baru2 ni sudah masuk Majalah 3), Mengapa tidak Teknisyen TNB? (pun sudah masuk Majalah 3)...sebab..DPR dulu pernah kerja POS MALAYSIA!..Walaupun bukan sebagai Posmen, tetapi kesemua rakan (yang memahami) adalah Posmen. Sepertimana yang DPR kata tadi, DPR bukanlah seorang aktivis hak asasi pekerja mahupun berkepentingan dalam kesatuan sekerja mana2 jabatan ataupun syarikat...Yang DPR mau posting hanyalah secebis sajak penghormatan tertinggi kepada Posmen dan working class yang lain. You all memang best!!!
LALUAN - (TRIBUTE TO POS MALAYSIA BERHAD)
Tika detik menyingkap sinar,
Tangga-tangga saat berdetik pantas,
Menderu redah titis embun,
Menuju lubuk rezeki.
Laluan itu adalah mesti,
Tujuan itu mestilah pasti,
Pada satu tekad,
Satu matlamat.
Pada minggu yang perit,
Ribuat warkah penting,
Tersisip pada bit alamat dan dalam karungan padat.
Roda dua menjadi saksi,
Pada laluan setiap jalanraya,
Yang penuh bahaya.
Demi kerjaya yang terpikul pada bahu tanggungjawab,
Ribuan mel di bit dan karungan padat,
Menuju alamat.
DPR,
3.53 am – 08.02.2008
Subscribe to:
Posts (Atom)

