Wednesday, November 4, 2009

MENYINGKAP KEMBALI 365 HARI SIRI LANSKAP SEJARAH PERSEKUTUAN TANAH MELAYU - MALAYSIA

ROMBONGAN KEMERDEKAAN, 18 JANUARI 1956

Rombongan Rundingan Kemerdekaan terdiri dari wakil Parti Perikatan dan wakil Raja-Raja Melayu.

Dari kiri : Datuk Abdul Razak, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid, Kolonel Lee Hau Shik (H.S Lee), Datuk Mohammad Seth, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Datuk Panglima Bukit Gantang, Toh Muda Hj. Abdul Wahab Abdul Aziz, Datuk Ismail Abdul Rahman dan Datuk Nik Ahmed Kamil Hj. Mahmood.

Berdiri di belakang sebelah kiri : Abdul Kadir Shamsuddin dan Tan Tong Hye.


MENANDATANGANI PERJANJIAN MERDEKA, 8 FEBRUARI 1956

Majlis menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Perekutuan Tanah Melayu di Lancester House, London di antara YTM Tunku Abdul Rahman dan Sir Alan Lennox-Boyd pada 8 Februari 1956.


KONGRES MELAYU SE-MALAYA PERTAMA, 1-4 MAC 1946

Kongres diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini diatur oleh Persatuan Melayu Selangor yang diketuai Encik Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) berjaya menghimpun 41 buah pertubuhan Melayu. Dato’ Onn dipilih menjadi Pengerusi dan telah meluluskan tiga usul penting iaitu :- Cadangan penubuhan ”Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), membantah Malayan Union dan kutipan derma Pelajar Kebangsaan Melayu.


PEMBENTUKAN MALAYAN UNION, 1 APRIL 1946

Malayan Union tetap ditubuhkan pada 1 April 1946 walaupun mendapat tentangan yang hebat dari orang-orang Melayu. Demonstrasi besar-besaran di seluruh Tanah Melayu diadakan bagi gagasan tersebut.


PENUBUHAN UMNO, 11 MEI 1946

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau dikenali sebagai UMNO (United Malays National Organisation) ditubuhkan bersempena KOngres Melayu Ketiga yang diadakan di Istana Besar, Johor Bharu pada 11-12 Mei 1946. Dato’ Onn bin Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO yang pertama.



PENGISTIHARAN DARURAT TANAH MELAYU, JUN 1948

Dokumen terbitan Jabatan Penerangan yang melaporkan peristiwa Darurat di Tanah Melayu.


PILIHAN RAYA PERTAMA MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, 27 JULAI 1955

Suasana sekitar pilihan raya umum di Tanah Melayu, UMNO, MCA dan MIC bergabung membentuk Parti Perikatan. Parti Perikatan telah menang besar 51 buah kerusi dari 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi dimenangi PAS


DOKUMEN PEMANSYURAN KEMERDEKAAN 31 OGOS 1957

Perkara penting yang dinyatakan dalam dokumen ini ialah semua negeri-negeri Semenenjung Tanah Melayu akan menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka serta berpegang kepada prinsip demokrasi.

Pen yang digunakan semasa menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.



TENTERA JEPUN MENYERAH KALAH, 12 SEPTEMBER 1945

Tentera Jepun diketuai Jeneral Seishiro Hagaki, menyerah kalah secara rasmi kepada Lord Louis Mountbatten.


SALINAN PERJANJIAN ANTARA SIR HEROLD MAC MICHEAL DAN RAJA-RAJA MELAYU, 24 OKTOBER 1945

Dokumen ini ditandatangani bagi merialisasikan pembentukan Gagasan Malayan Union.

PERARAKAN PENGAMPUNAN, NOVEMBER 1955

Tunku dan Menteri-menteri Perikatan mengetui perbarisan terhadap bekas-bekas anggota komunis yang menyerah diri.

RUNDINGAN BALING, 28-29 DISEMBER 1955

Rundingan Baling yang diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955 antara pihak kerajaan dan pihak komunis untuk menamatkan darurat.



Semangat kebangsaan hendaklah dijadikan baja bagi menyuburkan kemerdekaan yang dicapai “ – Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
"Kita hanya tinggal kuasa yang akan menentukan BANGSA" - Warisan.
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat








No comments:

Post a Comment