Tuesday, December 29, 2009

SEPETANG DI ASIA BARAT

FOR SALE!!!
Karya DPR bertajuk "Priwayat Resolusi Bangsat". Pernah di pamerkan di National Art Gallery, Malaysia untuk pameran Amal Palestin. Sesiapa yang berminat dengan karya ini bolehlah comment di posting ini. SEPARUH DARI HASIL JUALAN AKAN DIDERMAKAN PADA RUMAH ANAK YATIM.

Jihad Fi-Sabillilah!!!

Zionis jahanam kini terus-terusan membina penempatan haram di Baitulmaqdis. Muslimin Muslimat semua sudah faham sangat perangai khianat bangsa Yahudi ni. DPR peram lama dah puisi ni..Terbaru DPR hempurkan kata-kata puisi ini di helaian kanvas & terjadilah artworks. Arghhhh...mari kita sama-sama mengalunkan ungkapan benci pada Zionos!!! WE SUPPORT ANTI-ZIONIS MOVEMENT!!!


SEPETANG DI ASIA BARAT

Muncung senjata Zionis kiriman Washington
Terus berkala menghambat anak-anak geligis.
Vempire Bush dan makhluk boyak Olmert
Terbahak-bahak melihat peluru besi “Made In USA”
Menembusi dada awam Lubnan, kepala wanita Palestin
Jantung, hati, rangka, nadi anak-anak Iraq.

Tiada lagi istilah sunyi di awan malam Lubnan,
Tiada lagi kicau burung di pagi awan siang siang Palestin,
Tiada lagi gelak tawa anak kecil di awan petang Iraq,
Hanya deruan jentolak menyambut hening pagi
Di penjara luas ini.

Deruan yang menandakan ada korban, ada kemusnahan,
Kemusnahan yang hanya dipertonton Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bacul,
Kesengsaraan yang hanya di tangisi “Oh I see”,
Tiada daya, tiada kuasa.

Selagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bacul terus mengemaskini
Skrip retorik dan drama rundingan tunggangan kuasa veto,
Selagi itulah anak-anak geligis terus berjuang
Membebaskan tanah air dari maghzul durjana.

DPR

11 Rejab 1427H-02.50pm

JERIT PERIH SEORANG POSMEN PART II


DPR sebenarnya bukan lah aktivis hak asasi pekerja ataupun berkepentingan di dalam kesatuan kerja mana-mana jabatan ataupun syarikat. DPR cuba menyelami rutih harian mereka boleh membuatkan kita berfikir. Mengapa Posmen? mengapa tidak pekerja Alam Flora? Pekerja Propel (baru2 ni sudah masuk Majalah 3), Mengapa tidak Teknisyen TNB? (pun sudah masuk Majalah 3)...sebab..DPR dulu pernah kerja POS MALAYSIA!..Walaupun bukan sebagai Posmen, tetapi kesemua rakan (yang memahami) adalah Posmen. Sepertimana yang DPR kata tadi, DPR bukanlah seorang aktivis hak asasi pekerja mahupun berkepentingan dalam kesatuan sekerja mana2 jabatan ataupun syarikat...Yang DPR mau posting hanyalah secebis sajak penghormatan tertinggi kepada Posmen dan working class yang lain. You all memang best!!!

LALUAN - (TRIBUTE TO POS MALAYSIA BERHAD)

Tika detik menyingkap sinar,
Tangga-tangga saat berdetik pantas,
Menderu redah titis embun,
Menuju lubuk rezeki.

Laluan itu adalah mesti,
Tujuan itu mestilah pasti,
Pada satu tekad,
Satu matlamat.

Pada minggu yang perit,
Ribuat warkah penting,
Tersisip pada bit alamat dan dalam karungan padat.

Roda dua menjadi saksi,
Pada laluan setiap jalanraya,
Yang penuh bahaya.

Demi kerjaya yang terpikul pada bahu tanggungjawab,
Ribuan mel di bit dan karungan padat,
Menuju alamat.


DPR,
3.53 am – 08.02.2008

JERIT PERIH SEORANG POSMEN


PETUGAS Pos Malaysia ini mendapat kecederaan parah setelah terlibat dalam satu kemalangan berhampiran bangunan Sime Darby di ibu negara baru-baru ini.
Dalam keadaan di antara sedar dan tidak, beliau sempat menadah tangan memohon doa kepada Yang Maha Esa.
Seorang teman dalam Facebook, Saudara Effendi Rasyid yang berada di tempat kejadian sempat mengambil gambarnya yang ketika itu sedang berlumuran darah.
Dalam kita mengejar harta dunia dan kehidupan yang selesa, kita mungkin terlupa jasa yang disumbangkan oleh pekerja kolar biru seperti posmen, Mat Despatch, staff Alam Flora, kakitangan Indah Water dan lain-lain lagi.
Hujan dan terik mentari adalah permainan mereka, debu dan kotoran adalah jiwa mereka, comot dan kusam adalah ‘roh’ mereka, namun demi mencari rezeki yang halal untuk anak dan isteri di rumah, semua itu terpaksa ditelan begitu saja.
Seperti lelaki di atas. Dia bukannya pahlawan yang mendapat pingat keberanian terbilang, dia bukan seorang hakim yang mampu menjulang keadilan, dia juga bukan seorang ahli politik yang memenangi kerusi walau dengan hanya menggunakan lakonan dan lidah bercabang, tetapi bagi aku dia juga seorang perwira (biarpun tanpa ijazah dan penghormatan segala).
Cuma bezanya nama dan kisah malangnya tak mungkin tersiar di mana-mana media, kerana dia juga seperti aku, bukan siapa-siapa.

(Artikel dipetik dari laman syarilkadir.worldpress.com)

Sunday, December 27, 2009

MENYINGKAP TIRAI 1431H

Buang yang keruh,ambil yang jernih...

i

Menyingkap tirai seribu empat ratus tiga puluh satu hijrah yang lalu cukup getir. Tuntutan separuh iman mengajar erti pengorbanan jitu pada hati-hati yang merdeka.
Berpayung pada cengkaman musyrik lewat sembilan puluh enam purnama menghalangi sinar Ad-Din terus syumul di bumi anbiya.

ii

Menyingkap tirai seribu empat ratus tiga puluh satu hijrah yang lalu cukup payah melihat Bilal terseksa terjahan batu pada dada, Sayu pilu tergamam cekalnya Yassir pada hadiran sakaratulmaut menjemput dan gelegak api menjilat tubuh Khabbab Alarats – namun kepingan hati cekal waja anugerah Illahi – Allah Azzawajalla mengatasi lapis lemahnya iman anak Adam.

iii

Menyingkap tirai seribu empat ratus tiga puluh satu hijrah yang lalu cukup menginsafkan tatkala tertegaknya Daulah Islamiyyah kini – disambut persengketaan sesama kita.
Merenung jauh kiblat pertama ku berlumuran tompok kemusnahan pada dinding Al-Aqsa.
Sayu terlindung pada pancaran terik mentari terbenam lewat petang di Baitulmuqaddis kian sunyi dari kemakmuran tanahnya.

iv

Menyingkap tirai seribu empat ratus tiga puluh satu hijrah yang lalu sangat berliku,
Daulah Islamiyyah yang dulu dibina muslimin kepingan hati cekal waja anugerah Illahi kini tergadai dan kian getir memujuk sesama kita untuk bersatu ke jalan yang lurus.
Hanya takdir dan waktu menjadi saksi persaudaraan hanya pada pelukan dan lagaan pipi kembali berpatah arang dan hilang pada hati-hati yang kering, bersengketa ia setiba laungan dengki khianat mengejar kerdipan duniawi.

v

Menyingkap tirai seribu empat ratus tiga puluh satu hijrah yang lalu, maka kini sampai saatnya mata hati jiwa raga setiap anak-anak tandus bersatu pada pautan ampuh Ikhwanul Muslimin demi hijrah yang murni.


DPR,
Malaysia Tanah Airku,
22.35 PM / 4 MUHARAM 1431

Wednesday, December 16, 2009

TERBANG MELAYANG


i

Di sudut pana gelita kupetik suis berpusing sejuk & kalimantang bernyala cerah cahaya putih.


ii

Hamparan sejadah merah menghadap ke arahNya...ku tunduk.


iii

Pada mula takbiratul ihram pertama ku angkat semangat kasad, taarud, takyin mula payah, mula tersasar pada ingatan dak'ayah duniawi.


iv

Di sebalik tabir kain..tiada bauan sisa membusuk terbiar,Hanya diurung langau hijau berbulu,Kian jelas bunyi langau hinggap pada secebis ceritara duniawi yang tiada berpenghujung,


v

Di akhir salam,Kian nyaring bunyi langau hijau berbulu,Menguhurung ceritera duniawi yang tiada berpenghujung.


DPR,
17.12.2009

Tuesday, December 15, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H


Salam Maal Hijrah 1431H kepada semua rakan blogerz DPR. Dalam Islam ni dah cantik dah, lepas je kita berkorban pada Aidiladha lepas, sekarang mai plak tahun baru Maal Hijrah..Kita flashback balik hijrah zaman Rasullulah S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Semangat itu kita ambil. Ok,akhir kalam...Salam tahun baru kepada semua blogerz..angkat lah Maal Hijrah lebih tinggi martabatnya dari hapi new year!

JALAN-JALAN 1MALAYSIA

Mendaki puncak Cameron...dekat yeee????
Ni bangsal tempat orang asli jual petai...

Sejuk ya amat nak kabor ke aok!

Ada jugak muzium kat sini???

Jemmmm...sebab kat depan nu ada pasar malam...dekat 2jam duk main jem ni...dah la sejuk..dah sejuk paham2 je la..tandas awam melambai2...


Segar2 sayur kat pasar malam ni...majoriti penjual berbangsa cina..ada pun muka cam melayu tapi dia pun pekerja..tokey bangsa tulooo...


Kektus...belipun bukanya boleh makan...(padahal DPR tengan kering masa ni)


Tak da aroh la pitih takdok...kalu dok lepah ko kolupo doh mung!

Pada hari Sabtu, 5.12.2009 yang lalu DPR telah pergi ke rumah abang ipar di Ipoh. Petang tu je abang ipar DPR ajak gi pasar malam cameron..."dekat jeee" katanya..DPR pun folow jela...dekat hapa..2jam perjalanan (belum campur jem lagi di Brinchang akibat kenderaan banyak)...panjang lagi cerita,tapi DPR tak lalu...hah,1 lagi benda penting nak bagitau..walaupun Cameron Highlands terletak di dalam negeri Pahang..tapi DPR selaku anak Pahang tak rajin hayat jejak kaki ke Cameron...hambik kau!..

MEMORIAL TAR










Tunku Abdul Rahman & Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah
Putera tunggal Tunku...Tunku Ahmad Nerang Putra...ada adik lagi sorang bernama Tunku Khadijah.

Jalur Gemilang!!!




Pada hari Sabtu lepas, DPR & family pergi melawat memorial Tunku Abdul Rahman di Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur. Mulanya DPR bercadang nak ke Tugu Negara, tapi memandangkan DPR ternampak dulu signboard Memorial TAR, DPR pun terus menukar fikiran. Sebenarnya kedua2 tempat ni DPR tak pernah jejak walaupun ia dah lama dibuka. DPR sampai pun dah 4.30 (lagi 1 jam nak tutup)..Em, posting kali ni DPR upload banyak sikit gambar untuk tatapan blogerz semua.

Friday, December 11, 2009

REHATKAN MINDA...

MALAYSIA DAN RUSSIA....dua negara yang berbeza dari segi adat dan budaya...

Pakar motivasi ada berkata, jika mengantuk kita kena tarik nafas.Kenapa tarik nafas? kenapa tak pekena teh tarik kedai mamak ataupun tidur saja? Mengikut kata pakar, menarik nafas bertujuan menghantar oksigen ke otak...yeahhh, cara tarik nafas kena ada teknik yang betul juga. apabila kita tari je nafas, perut dan dada naik serentak...8second...kira sambil lepaskan nafas perlahan2 lahan. Buat 3x, Insyallah akan mengurangkan rasa mengantuk. Ok, yang sebenarnya bukan kaedah teknik menarik nafas untuk posting ni. DPR mengajak anda mempelajari pantun Russia. Sebelum itu, baik kita refresh balik definisi pantun :-
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1137) Pantun ialah puisi lama yang biasanya terdiri daripada 4 baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris permata merupakan pembayang maksud dan dua rangkap terakhir merupakan maksudnya). Ok, moh kite berpantuin...
Pantun Russia
Lodka lenko rassakaet volnu,
Zolotoy banan dozrevaet v teni,
Den'gi zanial i totchas vevnul,
Dolg serdechnyy poprobuy verni.
Pantun Melayu
Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh di bayar,
Hutang budi di bawa mati.

Thursday, December 10, 2009

ADA BERANI KA MAT/MINAH REMPEYEK???

Sadarlah wahai mat minah rempeyek! kita hanya tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa...apabila sudah ditindas & dihina takda berguna lagi...

Bandingkan keberanian mu wahai mat minah rempeyek dengan gambar di atas!

Anak kecil di Palestine sibuk membaling batu ke arah tentera Israel Laknatullah...bebudak kita di Malaysia sibuk duk main wheely basikal...baling baik pun duk main kaunter strike di cc...

U all mat minah rempeyek sama saja dengan anak yahudi keparat ni...bacul!

Mereka ni berjuang demi AGAMA, BANGSA & TANAH AIR... u all mat minah rempeyek hanya menjahanamkan saja. U all berani whelly? U all berani copek beg tangan minah kilang? u all berani membunuh? u all sangat berani membunuh sesama bangsa? u all sememang bangsat!

MAT REMPIT ADA KAITAN DENGAN JENAYAH RAGUT?


Apa kejadahnya ini semua?

Abu Mazen! Mereka ni hati kering, cukup gagah untuk kasi pecah tembok israel dengan helmet!

Keratan METRO...pe'el syaitan ni sudah menular di Malaysia.

Soheh! Mereka ni datang dengan pakej cukup lengkap. Mereka ni jahanam! Menyusahkan negara! Disamping merempit dengan RX-Z ataupun 125Z, puaka2 ni meragut pasal nak beli dadah. Ah, tak cukup lagi? Brenset ni merogol pulakkk..termengandung pulakkk...terbuang anak pulakkkk...semua ni ter belaka. Mangkuk mereka ni, akal mereka mereka biadap! Award paling tak ternilai bagi mat rempit ialah mati di jalan raya. Akan dikenang oleh rempitz2 yang lain, bukan sebagai iktibar tapi pembakar semangat untuk lagi aktif merempit & melakukan jenayah yang lain! hina benar kamu semua ni! Kamu semua mengaku berani? heh! posting kat atas ni lagi berani dari kalian semua!!!

Wednesday, December 9, 2009

DADAH PUNCA RAGUT

2010..Kita perang habis-habisan jenayah jalanan!!!

Jangan cuba2 pekena..sesal kemudian tiada berguna!


Ni bukan pil darah tinggi...benda haram ni pil kuda...takdanya jadi kuat macam kuda..pembohong belaka!!!

Ni ganja...walaupun tergolong dalam dadah konvensional,tetapi still masih dilayan oleh budak muda kerana bob marley katanya...heh! rentikan laaa!!!

Penerangan sedari kecil tentang bahana dadah perlu dipergiatkan lagi di peringkat sekolah! paling penting didikan ibu bapa di rumah!!!

Peragut ini perangainya sama dengan binatang. Perlakuan peragut kini bukan setakat merentap tas tangan wanita ataupun rantai leher si mangsa...kini dah sampai tahap MEMBUNUH!!!...Haramjadah peragut ni...pasal apa diorang meragut?...part time?, suka2? hobi?...depa meragut sebab nak beli dadah...tu pasal dadah MUSUH NO 1 MALAYSIA termasuk Yang Bebal (YB) posting di bawah ni.

Dadah..pelbagai jenis dadah sekarang. Dadah alaf baru @ Dadah generasi X diburu golongan muda ini dilkasifikasikan sebabagi dadah sintetik. Contoh dadah ni antaranya ialah Pil Kuda khayal sekandang dan syabu (ice)...menatang ni mahal...tokey lembu pun kalau kena menatang ni boleh tutup kandang.

Dadah ni memberi kesan high yang maksima kadang2 boleh jadi agggresif. Otak manusia penagih dadah jenis ni kalau dah high berpusing 360 darjah! tengok meja disangka buaya, tengok buaya disangsa fulsh tandas! setakat ragut, pastu tikam bagi pengisap syabu hampuras ni perkara biasa..macam membelai kepala kucing!

Baso nate bengong ni perlu dihapuskan sampai ke akar umbi! DPR amat bersetuju tahun 2010 kita perang habis-habisan jenayah jalanan!!!

Thursday, November 26, 2009

KURSUS BIRO TATANEGARA BERMANFAAT


DPR sudah 3x menyertai Kursus BTN ASAS..Mula2 sekali tahun 2002 di Kem Desa Mahmood, Pasir Mas, Kelantan. Masa ni DPR orientasi Institut Kemahiran yang DPR daftar. Memang padat & melatihkan, tapi DPR tak berapa feel sangat kursus kali ni kerana mungkin mentaliti bebudak lagi masa tu. Kali ke 2 DPR join kursus BTN ni sekitar tahun 2006. Kursus BTN PERTENGAHAN..Bebudak Belia Remaja Melayu campur2 dengan Belia 4B dengan Pemuda UMNO. Kursus BTN ni jangan kita politikkan..kalaupun yang masuk tu hardcore tegar kepada pihak pembangkang tetapi kena amik manafaat sebab Kursus ni untuk menaikkan semangat jatidiri kita sebagai sebuah bangsa yang sadar diri sadar ruang di bumi Malaysia yang tercinta ini. Kursus ni dibuat di Pulau Kapas, Terengganu!..Jauh dari kebisingan...DPR akan terkesan sekali dengan kursus ni demi Agama, Bangsa & Tanahair!...Kursus kali ke 3 ialah di Kem BTN Maran..baru bulan 8 yang lalu...Masa ni DPR dah matang dari segi pemahaman Kenegaraan! DPR pegang prinsip "JANGAN TANYA APA SUMBANGAN NEGARA KEPADA KITA, CUBA TANYA PADA DIRI APA SUMBANGAN KITA KEPADA NEGARA"!


ni DPR selitkan alamat blog aisyah. dalam blog beliau ada menceritakan pengalamanya menyertai Kursus BTN.
http://aisyahmokhtar.blogspot.com/2009/08/btn.html

Sunday, November 22, 2009

SALAM AIDILADHA


Kepada semua Blogger yang beragama Islam, DPR ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. "Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa"..bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee...

Monday, November 9, 2009

JALAN BENTONG – RAUB PERLU DIPERBAIKI!

Nampak je cantik, tapi dihadapan sana bertampal-tampal...

Ribuan Rakyat Pahang & Kelantan kerap melalui jalan ini untuk ke Pantai Timur & Penghubung jalan ke Selatan.

Laluan Bentong-Raub-Lipis begitu sinonim buat rakyat Pantai Timur khususnya rakyat negeri Pahang dan Kelantan. Bentong adalah pintu masuk utama ke Negeri Pahang (dari Kuala Lumpur keluar tol Bentong). Rakyat Kelantan terutamanya akan memilih laluan Bentong – Raub – Lipis untuk pulang ke Kelantan. Adalah terlalu jauh untuk melalui LPT kerana faktor jarak dan caj tol. Untuk ke Terengganu Selatan (Kemaman, Kerteh) adalah sesuai melalui LPT. Sebagai penduduk Pahang, DPR amat kecewa dengan kualiti jalan Bentong – Raub yang bertampal-tampal, berlubang dan tidak rata. Hal ini boleh menyebabkan kemalangan dan kerosakan pada bahagian tertentu kereta. Jika dibandingkan dengan Terengganu (tok sah cerita negeri deme kaya sebab duit royalti minyak), jalan di Pahang masih di tahap kurang memuaskan (DPR dah ronda 1 Pahang tengok dengan mata kepala sendiri). Walaupun berada di bawah tampuk pemerintahan Kerajaan BN dan negeri yang masih menjadi kubu kuat BN sejak sekian lama, adalah agak malang bagi rakyat Pahang. Bukanlah DPR ingin kondem negeri sendiri, Cuma agak kesal tiada tindakan yang drastik dibuat untuk membaik pulih jalan raya secara total dan konsisten (bukanya hanya tampal berbonjol-bonjol, tempek sana tempek sini). Bukan hanya jalan yang teruk, jika dilalui pada waktu malam amat gelita pana kerana tiada lampu jalan. Bayangkan lah jika hari hujan. Melilau mata, bagi yang cerah lagi mata boleh la gagah, hok mane mata doh tejulor mane nok diraba?...Malu,marah,kecewa kerana dua daerah ini mempunyai suara yang amat kuat kerana kedua-dua daerah ini diwakili ahli parlimen berstatus menteri penuh berpotfolio. Tok sah sembang la pasal pelancongan kalau tempat sendiri habat! Tok sah duk nak menyelenghek la nasihat bab kesihatan kalau ke tempat deme pun kalau tak ke kena gaya boleh masuk hospital. Kerajaan Negeri amik la sesuatu yang boleh menngembirakan rakyat Pahang yang mencari rezeki di Kolumpo ni balik dengan aman tanpa gegaran.

TERIMA KASIH KAIKTANGAN WAD BUNGA RAYA HOSPITAL KUALA LIPIS



Pada 2/11/2009 Bonda kepada DPR telah dimasukkan ke Wad akibat hypertension (Darah Tinggi) yang agak teruk. Pada tanggal 9/11.2009 (Isnin) genap seminggu, bonda DPR telah dibenarkan pulang ke rumah setelah kadar tekanan darah kembali normal. Bukanlah DPR ingin menagih simpati ataupun nak glamorkan bonda DPR di halaman blog “kroni” ini, tetapi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan Hospital Kuala Lipis khususnya kakitangan wad Bunga Raya, antaranya ialah Dr. Salina, Dr Zul, Puan Anizah, Puan Mahani, Puan Roslinda, En. Rozanizam, Puan Umi Maisarah, Puan Nik Aziah, En. Noradelan, En. Jahrob, En. Zulkifly, En. Ramly dan Puan Rusyidah yang banyak memberi perhatian kepada bonda DPR serta pesakit-pesakit lain. Ini menunjukkan Kakitangan Kementerian Kesihatan kini semakin cakna terhadap tugasan walaupun seringkali mendapat cemuhan masyarakat akibat kelewatan menunggu giliran untuk mendapat rawatan di Klinik atau Hospital Kerajaan. Dengan berhemahnya kakitangan Hospital Kuala Lipis ini diharap akan memberi motivasi kepada seluruh warga kerja Kementerian Kesihatan terutama yang berkhidmat di Hospital & Klinik Kesihatan. Syabas diucapkan kepada Hospital Lipis.

p/s : DPR mohon maaf jika ada nama staff Wad Bunga Raya yang tidak dapat disebutkan.

Saturday, November 7, 2009

MESYUARAT AGONG PERTUBUHAN AYAHANDA PENASIHAT INSAN MALAYSIA (PAPIM) KALI KE 2








Sabtu,7 Oktober 2009 - Bertempat di Dewan IKIM, pada pukul 9.30 pagi telah berlangsung Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agong Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM) yang telah dirasmikan oleh YBhg. Mej. Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam. Majlis dihadiri Ayahanda PAPIM seluruh negeri diiringi anak jemaah masing-masing memenuhi luar dewan untuk menyambut kedatangan YBhg. Datuk diiringi Presiden PAPIM, Paduka Ayahanda Hj. Daud bin Hj Wahab. Majlis bermula dengan perucapan pengacara majlis iaitu Kekanda Zul Kembara (Majlis Jemaah Cochrane) yang menjemput Ayahanda Hj Yaakob bin Salleh (Ayahanda Besut/Setiu, Terengganu) untuk bacaan doa. Setelah selesai bacaan doa, Kekanda Zul menjemput Presiden PAPIM, iaitu Paduka Ayahanda Hj Daud untuk memberi ucapan. Paduka Ayahanda Hj Daud membuka bicara dengan banyak menekankan tentang peripentingnya "Badan Adik-Beradik" ini berdiri teguh dilandasanya sendiri dan menyeru agar sesama jemaah bersatu untuk melaksanakan tanggungjawab yang suci murni ini. Setelah Paduka Ayahanda Hj Daud selesai memberi amanat yang begitu beharga, tiba giliran tetamu kehormat majlis ini iaitu YBhg. Mej. Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom untuk memberi ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong PAPIM kali ke 2 ini. Banyak sekali penekanan YBhg. Datuk mengenai Ukhuwah Islamiyyah ini dipelihara dari anasir jahat terutama pihak luar yang ingin melihat perpaduan terutama orang Islam ini longgar dan berpecah belah. Diselangi dengan cerita dan jenaka, ucapan YBhg. Datuk mengingatkan DPR tentang Forum Perdana Ehwal Islam yang pernah YBhg. Datuk seringkali menjadi ahli panel rancangan tersebut. Selesai ucapan perasmian, Kekanda Zul K mengumumkan nama-nama Ayahanda untuk mendapatkan sijil PAPIM dari YB Datuk seterusnya bergambar kenang-kenangan di atas pentas dewan IKIM yang pada hari ini mencatat sejarah saksi pertemuan Ayahanda PAPIM seluruh Malaysia. Syabas & Tahniah kepada semua jemaah yang hadzir.

p/s : Maaf kepada Ayahanda Zul & Abang Long E' kerana lewat hadzir ke offiice MJC kerana hal yang tak dapat dielakkan. Sampai saja di ofis, Ayah sudah pergi ke IKIM...Mujur ada Khairul (Adik Abang Long Zahir) menunggu. Khairul juga terlewat. DPR pun mengajak Khairul menaiki sekali kereta untuk ke IKIM. yang sebenarnya DPR tak boleh imagine langsung kat mana IKIM, kira mengharapkan Khairul jela. Khairul pun blur2 jugak (2x5 jugak la) sampai kami tersesat barat merapu tah kemana. Mujur Abang Long E' menalifon DPR untuk memberi direction. Akhirnya kami sampai dengan selamat di IKIM. Alhamdulillah. Ramai juga jemaah MJC seperti Abg Long E', Abg Long Nan, Abang Long Zul K, Abg Long Azfar (Harap-harap abang long sabar atas kekalahan Kelantan,taun depan coba lagi), Abg Long Masron Genting, Abg Long Azman serta abang2 ngah & abang chik yang hadzir.