Thursday, November 26, 2009

KURSUS BIRO TATANEGARA BERMANFAAT


DPR sudah 3x menyertai Kursus BTN ASAS..Mula2 sekali tahun 2002 di Kem Desa Mahmood, Pasir Mas, Kelantan. Masa ni DPR orientasi Institut Kemahiran yang DPR daftar. Memang padat & melatihkan, tapi DPR tak berapa feel sangat kursus kali ni kerana mungkin mentaliti bebudak lagi masa tu. Kali ke 2 DPR join kursus BTN ni sekitar tahun 2006. Kursus BTN PERTENGAHAN..Bebudak Belia Remaja Melayu campur2 dengan Belia 4B dengan Pemuda UMNO. Kursus BTN ni jangan kita politikkan..kalaupun yang masuk tu hardcore tegar kepada pihak pembangkang tetapi kena amik manafaat sebab Kursus ni untuk menaikkan semangat jatidiri kita sebagai sebuah bangsa yang sadar diri sadar ruang di bumi Malaysia yang tercinta ini. Kursus ni dibuat di Pulau Kapas, Terengganu!..Jauh dari kebisingan...DPR akan terkesan sekali dengan kursus ni demi Agama, Bangsa & Tanahair!...Kursus kali ke 3 ialah di Kem BTN Maran..baru bulan 8 yang lalu...Masa ni DPR dah matang dari segi pemahaman Kenegaraan! DPR pegang prinsip "JANGAN TANYA APA SUMBANGAN NEGARA KEPADA KITA, CUBA TANYA PADA DIRI APA SUMBANGAN KITA KEPADA NEGARA"!


ni DPR selitkan alamat blog aisyah. dalam blog beliau ada menceritakan pengalamanya menyertai Kursus BTN.
http://aisyahmokhtar.blogspot.com/2009/08/btn.html

4 comments:

  1. Dasar parti pembangkang ialah menjadikan rakyat membenci kerajaan. Mereka tidak boleh membezakan antara kerajaan dan parti politik.

    Sebab itu dalam apa juga tindakan, hanya kerana marah dengan UMNO, mereka sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang negara.

    Bukan setakat tidak mengebarkan bendera Malaysia ketika menyambut hari kemerdekaan, ada ahli parti pembangkang yang sanggup membakar bendera Malaysia. Puncanya kerana meraka benci UMNO.

    Dengan menyertai BTN, rakyat akan ditanam dengan semangat cintakan negara. Itu tidak disukai oleh parti pembangkang.

    Rakyat yang mempunyai jati diri yang kuat dan semangat kenegaraan yang tinggi, tidak akan terpengaruh dengan tipu muslihat parti pembangkang.

    Sebab itu mereka kata BTN adah medan untuk kerajaan menanam perasaan benci rakyat terhadap parti pembangkang.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. AM,

    DPR amat kesal dengan tindak tanduk parti pakatan rakyat di selangor yang mengharamkan BTN (yang kini bakal diekori rapat sekutunya, P.Pinang).Apalah salahnya satu kursus bina jati diri negara ini dibuat untuk menanam perasaan sayangkan tanah air? PR tidak perlu risau rakyat di brain wash menyokong kerajaan BN jika pentadbiran PR (yang akan dinilai kurang 5 tahun ini sebelum PRU13) adalah baik track record nya. Usah bimbang kerana semua adun pr, ahli parlimen pr,ahli yang sokong pr bersih lagi suci tingkah lakunya kelak akan duduk di kerusi empuk putrajaya -yang kini semuanya akan dinilai oleh rakyat yang KINI SUDAH CERDIK PANDAI BELAKA!!!DPR amat kesal AM...semakin kesal dengan tindak TUNDUK melayu dalam pr ini. selama BTN ditubuhkan tiada yang mati akibat huru hara amukkan pelatih BTN. tiada tiba-tiba setelah berakhirnya kursus BTN ini yang bakal cendikiawan doktor mahupun profesor bertukar menjadi "sang pendekar membujur lalu melintang patah", tidak pernah fesilitator menghadiahkan "parang sakti" dan bai'ah berani mati dengan arahan memancung kepala2 "mereka di luar sana" tetapi apa yang dihidangkan PR ialah aksi semangat cintakan negara tahap tertinggi dengan membakar jalur gemilang!walaupun bukan pemimpin pr yang buat tetapi yang para penyokong yang terlalu fanatik akibat langsung sifat sayangkan pada tanah air!!!...DPR amat gundah gulana...kian hampir matlamatnya Dajjal ini mencengkam bumi Melayu..ingatlah "kita hanya tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa".

    ReplyDelete
  3. ape la sgt pada melayu.kalu btn ni dimasukkan anasir cintakan Islam,alangkah bagusnya,ini tidak,,hanyalah Melayu!

    ReplyDelete